Tetamu 2 Tanah Haram

Perasaan rindu ini hasil dari doa Nabi Ibrahim a.s. ketika meninggalkan Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. atas perintah Allah,
"Wahai Tuhanku, aku tinggalkan zuriatku di lembah yang gersang di sisi rumahMu (Baitikal Haram) untuk didirikan solat di atasnya. Oleh itu Ya Allah, jadikanlah hati manusia rindu kepadanya, moga-moga mereka selalu kembali kepadanya (Mekah)." ......Dan itulah aku yang Menggamit Rindu Haramain....

TV AL HIJRAH - LABBAIKALLAH 17 SEPTEMBER 2015 / 3 ZULHIJJAH 1436 HIJRAH https://www.youtube.com/watch?v=w7GjzeKhECs


Friday 15 July 2011

PEJABAT TABUNG HAJI KUALA LUMPUR

11.8.2010, Bimbang dengan kesesakan lalulintas dan keadaan van yang tidak berapa stabil, saya menaiki motosikal dari pejabat dan Ucu terus dari tempat kerjanya di Subang Jaya. Kami ke Tabung Haji, Maju Junction Kuala Lumpur. Ketika berjalan masuk ke pejabat Tabung Haji, saya memandang salah seorang pengawal keselamatan di situ. Rupa-rupanya beliau adalah kenalan saya yang telah bertukar dari Tabung Haji mini Batu Caves.

Kami ke salah satu kaunter. Haji Mazlan http://tanahsucimabrur.blogspot.com/ petugas di kaunter, menyambut kami dengan mesra. Kami nyatakan kepada Haji Mazlan tentang Uda di Sungai Petani telah menerima tawaran mengerjakan haji. Namun di Kuala Lumpur, emak, Ucu, Sobah dan saya belum menerima apa-apa lagi surat tawaran dari Tabung Haji. Setelah mendapatkan kad pengenalan kami berdua, Haji Mazlan segera membuat penyemakan melalui komputernya. Ternyata Uda tidak berbohong. Lantas Haji Mazlan mengucapkan tahniah kepada kami dan terus memanggil kami haji. Saya dan Ucu ketawa bersama.
Kata Haji Mazlan surat tawaran dalam perjalanan. Saya mengisi borang penerimaan tawaran yang diberikan oleh Haji Mazlan. Kemudian beliau memberikan kami setiap seorang lima buah buku. Panduan Perjalanan Jemaah Haji, Panduan Kesihatan Jemaah Haji, Rekod Rawatan Jemaah Haji, Doa-doa dan Panduan Solat Sunat di Tanah Suci, Ibadah Haji Umrah dan Ziarah. Saya juga membeli CD Haji Tamatuk berharga RM 50 dari Haji Mazlan.

Kemudian Haji Mazlan turut bertanya di mana kami mahu hadiri Kursus Haji Perdana. Setelah berbincang dan memudahkan kami berkumpul di rumah emak, maka kami memilih untuk hadir Kursus Haji Perdana di Mesjid Negeri Shah Alam. Manakala Uda mengikuti Kursus Haji Perdana Di Kedah. Akhirnya Haji Mazlan berpesan kepada kami supaya memenuhkan simpanan Tabung Haji agar lebih RM 10 000. Katanya tahun berkenaan bayaran haji adalah berjumlah RM 9 980. Namun untuk perbelanjaan semasa di Mekah dan Madinah, maka eloklah dilebihkan RM 2 000, beritahu Haji Mazlan. Lalu pada kesempatan itu saya sempat membaca perkara 5 dan 6 di dalam surat tawaran tersebut;

5. Sekiranya tiada apa-apa makluman diterima daripada tuan/puan selepas daripada tarikh di atas, maka tuan/puan akan dianggap telah menolak tawaran ini dan tiada jaminan untuk diberi tawaran pada Musim Haji berikutnya. Ini bermakna tuan/puan akan gugur secara automatik sebagai status Terpilih untuk 1431H

6. Bayaran haji bagi Musim haji 1431H/2010M belum ditetapkan lagi. Walau bagaimana pun, bayaran Haji Musim Haji 1430H/2009M seperti jadual dibawah boleh dijadikan asas untuk Musim Haji 1431H. Oleh itu tuan/puan hendaklah mencukupkan Bayaran Haji sebelum/semasa menjawab tawaran. Kegagalan tuan/puan mencukupkan Bayaran Haji sebelum atau pada 20/8/2010 akan menyebabkan tuan/puan gugur secara automatik sebagai status Terpilih untuk 1431H.

Saya benar-benar trauma dengan tulisan ‘gugur secara automatik’. Nampaknya Tabung Haji benar-benar tegas dengan hal berkenaan.

7 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete