Tetamu 2 Tanah Haram

Perasaan rindu ini hasil dari doa Nabi Ibrahim a.s. ketika meninggalkan Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. atas perintah Allah,
"Wahai Tuhanku, aku tinggalkan zuriatku di lembah yang gersang di sisi rumahMu (Baitikal Haram) untuk didirikan solat di atasnya. Oleh itu Ya Allah, jadikanlah hati manusia rindu kepadanya, moga-moga mereka selalu kembali kepadanya (Mekah)." ......Dan itulah aku yang Menggamit Rindu Haramain....

TV AL HIJRAH - LABBAIKALLAH 17 SEPTEMBER 2015 / 3 ZULHIJJAH 1436 HIJRAH https://www.youtube.com/watch?v=w7GjzeKhECs


Sunday 21 September 2014

TIPS JEMAAH HAJI WANITA

Diambil dari :  http://nooraishahzaharin.blogspot.com/2011/09/tips-haji.html

Syawal dah menghampiri penghujung, bermakna, musim haji sudah kian dekat.

Insya Allah, dengar khabar KT 1 akan mula berlepas 29 september ini. Subhanallah, dah setahun dah rupanya saya kembali dari tanah suci. Rasa seolah-olah macam baru semalam saya sampai KLIA dari Jeddah.

Kalaulah ada bakal hujjaj yang membaca blog ini, saya harap tips ini sedikit sebanyak membantu. saya bukanlah seorang Mutawif, tetapi saya ingin sekadar berkongsi pengalaman di ketika menunaikan haji pada tahun lalu. Moga-moga ada yang dapat mendapat manfaat dari entry ini.

Madinah
1. Bagi yang akan mendarat di Madinah pada waktu Subuh (maknanya bertolak dari KL malam), berwudhu'lah sebelum mendarat. Airport di Madinah tak macam Malaysia yang ada surau/tempat khusus untuk solat. solat adalah di mana-mana sahaja yang boleh dibentang tikar dan sejadah. bukan tak boleh ambil wudhu' di airport, tetapi, dekat airport toilet adalah sangat terhad untuk menampung jumlah jemaah. memandangkan waktu Subuh adalah pendek, adalah lebih mudah jika kita dah wudhu' siap-siap dan terus tunaikan solat Subuh apabila mendarat di airport.

2. Bawa sedikit bekalan makanan (roti/biskut) & minuman untuk alas perut, sebab proses imigresen mungkin mengambil masa yang sangat lama. Pengalaman saya, kami stuck di imigresen kaunter almost 4 hours!so kena banyak istighfar dan bersabar!

3. Pergerakan Muslimah untuk masuk ke dalam masjid Nabawi adalah agak mencabar kerana ruang yang terhad. untuk memastikan kita dapat solat di dalam masjid, datanglah sejam lebih awal dari masuk waktu solat.

4. Di dalam masjid, seringkali ruangan di bahagian saf yang paling hadapan adalah kosong sebab kawasan ini tidak berkarpet. untuk keselesaan, memandangkan kaum muslimat akan menunggu lama di dalam masjid untuk solat jemaah, bawalah sejadah yang sedikit tebal. dikongsikan pengalaman, lantai masjid di bahagian dalam adalah sejuk sebab (i think la) bawah lantai ada aircond ducts. so, kalau pakai sejadah nipis, sejuk dan boleh buat sakit pinggang.

5. Toilets Muslimah ada banyak kat masjid, tapi semuanya dekat luar. so, untuk memudahkan, bawak 1 botol water spray yang berisi air mutlak, bagi memudahkan kita 'renew' wudhu'. pastikan air yang kita spray ke anggota wajib wudhu' tuh mengalir.

6. waktu masuk ke Raudhah bagi kaum Muslimat ada 3. satu lepas Subuh, lepas Zohor dan lepas Isyak. kemasukan Muslimat ke dalam Raudhah biasanya diatur oleh 'polis' Muslimat mengikut region, i.e. Asia, China, etc. ambillah peluang untuk solat sunat hajat & mutlak sementara tunggu turn nak masuk ke dalam Raudhah. Banyakkan berdoa, mohon agar diizinkan Allah mengecapi nikmat Solat di dalam kawasan Raudhah, yang terlalu indah dan sukar digambar dengan perkataan.

7. Apabila sampai turn untuk masuk ke dalam Raudhah, masuklah dengan tenang, dan carilah ruang yang terbaik untuk solat (di saf paling hadapan). tips berdoa di Raudhah - doa dalam keadaan sujud, sebab kalau guards nampak kita doa sambil tadah tangan (which means sudah selesai solat), kita akan diarah keluar dari Raudhah untuk beri laluan kepada orang belakang pula solat di spot kita tadi. so, lepas bagi salam, cepat-cepat sujud semula dan doalah dengan sepenuh hati.

8. Di madinah, ada satu pasar tamar. kebiasaannya, jemaah akan beli tamar di Madinah dan terus poskan ke Malaysia. akan sampai just nice by the time kita balik malaysia. kalau boleh, souveniers yang dibeli di madinah, poslah siap-siap ke KL so that kita tak payah nak pikir cemana nak angkut pulak all souveniers ke Mekah.

9. Bagi yang berhajat untuk mewakafkan AlQuran di Masjid Nabawi, Masjid Nabawi nih ada standard khusus jenis Quran untuk diwakafkan. kalau tak sama piawai, Quran itu akan diambil dan diedarkan ke masjid yang lain. so dapatkan Quran dari kedai-kedai buku/kilang AlQuran. kalau nak sure, tengok dulu Quran di dalam masjid sebelum beli. harga Quran (saiz standard) adalah lebih kurang 45 Riyal (dekat kedai), kat kilang dapat dalam lebih kurang 30 riyal.

10. Jemaah Muslimat adalah dilarang untuk bawa handphone berkamera ke dalam masjid. kalau ada yang bawa, jemaah akan diminta untuk tinggalkan handphone kat guard points and claim bila nak keluar dari masjid.

Perjalanan dari Madinah ke Mekah

1. bawa sedikit makanan dan minuman buat alas perut. banyakkan berdoa dan solat hajat sebelum bergerak ke Mekah. Berdoa moga perjalanan dipermudahkan dan selamat.

2. Tempat miqat di Bir Ali sangat selesa. berdoalah moga segalanya dipermudahkan dan umrah yang akan ditunaikan sempurna dan diterima.

3. sudah mula kena jaga pantang larang ihram sesudah berniat di bir ali. jangan lupa!!

Mekah
1. Setibanya di Mekah setelah perjalanan yang panjang, ambil sedikit masa untuk berehat sebelum menunaikan umrah wajib.

2. Ambil sedikit masa untuk kenalpasti kawasan sekeliling tempat penginapan sebelum menuju ke masjid, sebab ramai jemaah yang sesat bila nak balik hotel. maklumlah, bila pergi masjid, menara masjid jadi panduan, tak perasan kawasan sekeliling.

3. selesaikan tawaf dengan sempurna. pastikan aurat dan wudhu' terpelihara. bagi kaum muslimat, adalah baik sediakan satu stokin khusus untuk solat/tawaf sebab takut stokin yang dipakai dalam perjalanan pergi balik masjid tercemar dengan najis.

4. dalam keadaan tidak berihram, pakailah face mask. sebab keadaan di sekeliling kota mekah agak berdebu sebab banyka construction.

5. banyakkan minum air masak, sebab cuaca agak kering. cara saya, minum banyak khususnya selepas solat isyak, so kurang sikit masalah kerap kencing nak ke toilet.

6. keadaan di bukit safa agak sesak untuk saie, mungkin sebab itu adalah permulaan tempat saie, so ramai yang ambil sedikit masa untuk niat dan berdoa. saie di tingkat atas adalah lebih lepang berbanding dengan ground floor.

7. take real good care of your health sebelum waktu wukuf. sebab itu adalah kita punya target. perbanyakkan doa kepadaNya agar segalanya dipermudahkan.

8. Kalau ada beli souvenier dari Mekah, post siap-siap ke malaysia sebelum balik, sebab banyak kes badan dah smpai malaysia, luggage belum sampai lagi. so sian sanak sedara dan kaum keluarga yang datang ziarah nak rasa buah tamar.

Minggu Haji - Wukuf, Muzdalifah dan Mina
1. Kesabaran adalah segala-galanya di sini. Toilet dan bilik air adalah 'luxury'. so, don't take too long dekat toilet sebab queue adalah teramat panjang. There's no such thing as mandi bersabun, rambut bersyampu. bila kita ada di dalam toilet, fikir-fikirlah orang di luar yang menunggu. semuanya mahu menggunakan bilik air untuk emnyucikan diri untuk beribadah kepadaNya. unless very necessary like mandi wajib khususnya wanita, lupakanlah seketika keperluan mandi. fokus kita pada masa ini adalah IBADAH.

2. to be frank, jangan tunggu sampai nak rasa nak 'terkucil' baru nak gi toilet, alamatnya melompat-lompat la depan jamban tahan kencing. 1 hour before masuk waktu, geraklah gi toilet untuk sucikan diri dan ambil wudhu' & tunggu masuk waktu solat.

3. makanan semasa berada di Arafah dan Mina diuruskan oleh kerajaan arab saudi, so the food tu mungkin agak sukar diterima oleh tekak kita. kalau ada bekalan lauk-lauk kering i.e. serunding or maggi, bawaklah sikit untuk lapik perut.

4. nasihat ustaz semasa di Mina & Arafah, jangan tak makan, tapi jangan lah makan terlalu banyak. nih semua tips-tips untuk elak kes-kes cirit birit.

5. bawaklah satu bantal kecik (saiz bantal yang macam untuk baby baru lahir tuh) untuk buat lapik kepala masa tidur di Mina khususnya. sedikit sebanyak boleh bantu untuk kita dapat rehat yang berkualiti so that kita dapat banyak melakukan ibadah.

6. ramai orang demam lepas wukuf. ada ustaz kasi tips, dia kata, makanlah antibiotik sebaik saje mula hari wukuf and habiskan course setelah selesai melontar semua jamrah. insya Allah, ok. (tapi saya bukan medical doctor ye... nih sekadar share tips ustaz, sebab saya demam seminggu tak bangun-bangun lepas selsai tawaf dan saie haji sebab minum ais secawan)

7. kalau rasa nak mandi sangat-sangat sebab dah tak tahan berlengas, try cari masa awal pagi, i.e. 2-3 pagi. time tuh toilet 'lega' sikit.

8. kalau boleh dan tidak perlu, elakkanlah kerja-kerja 'mendobi' semasa di Mina. pengalaman saya, ada jugak jemaah siap basuh telekung masa kat Mina. disposable panties will be very handy at this moment.

9. bawaklah barang seadanya ke Arafah dan Mina. janganlah semua benda nak diangkut sebab ruang khemah khususnya di Mina adalah sangat-sangat terhad. bawaklah quran/tafsir kecik so that kita boleh continue mengaji di arafah dan Mina.

10. sebaik masuk waktu asar semasa hari wukuf perbanyakkanlah zikir dan doa, kerana pada waktu itu, Allah akan turun ke lapisan langit paling bawah untuk melihat hambaNya yang berkumpul di padang Arafah. berdoalah dengan bersungguh-sungguh, alirkanlah air mata keinsafan. carilah peluang untuk berdoa dengan pasangan masing-masing. sesungguhnya ketenangan pada masa itu terlalu sukar hendak saya gambarkan. di akhir entry ini ada saya sertakan link untuk doa munajat di arafah yang saya gunakan sebagai panduan.

Souvenier dari Tanah Suci Mekah dan Madinah
Kita pergi tanah suci, memang niat kita untuk beribadat. tapi sedikit sebanyak mesti terbeli gak barang-barang untuk keluarga di malaysia sekiranya mampu.

antara souvenier yang saya rasa betul-betul origin dari Mekah/Madinah:-
1. buah tamar
2. air zamzam (TH biasanya bagi 5liter free kepada jemaah, tapi eloklah beli lebih. harga lebih kurang 110riyal untuk 10 liter and boleh courier ke malaysia)
3. Balm habatussaudahttp://www.blogger.com/img/blank.gif

ini la sedikit sebanyak tips yang dapat saya share hari nih. nanti kalau ada lagi, saya tulis Tips Haji siri 2.

Kepada bakal hujjaj, semoga kembali dengan haji yang mabrur! Labbaikallahummalbayk!

ps - saya pernah share panduan doa di Arafah di sini. sila klik ---->doa munajat di arafah




No comments:

Post a Comment