Tetamu 2 Tanah Haram

Perasaan rindu ini hasil dari doa Nabi Ibrahim a.s. ketika meninggalkan Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. atas perintah Allah,
"Wahai Tuhanku, aku tinggalkan zuriatku di lembah yang gersang di sisi rumahMu (Baitikal Haram) untuk didirikan solat di atasnya. Oleh itu Ya Allah, jadikanlah hati manusia rindu kepadanya, moga-moga mereka selalu kembali kepadanya (Mekah)." ......Dan itulah aku yang Menggamit Rindu Haramain....

TV AL HIJRAH - LABBAIKALLAH 17 SEPTEMBER 2015 / 3 ZULHIJJAH 1436 HIJRAH https://www.youtube.com/watch?v=w7GjzeKhECs


Sunday 21 September 2014

Arab Saudi bimbang peningkatan jemaah haji hadapi masalah kesihatan

Arab Saudi bimbang peningkatan jemaah haji hadapi masalah kesihatan

22 September 2014

Timbalan Menteri Kesihatan (Pencegahan) Abdallah Al-Asiri menggesa para ulama di negara lain memberi penekanan kepada hakikat kemampuan fizikal adalah syarat penting bagi menunaikan haji.

Kerajaan Arab Saudi melahirkan kebimbangan mengenai peningkatan jumlah jemaah haji yang menghadapi masalah kesihatan kronik atau serius kerana ini boleh memudaratkan kesihatan jemaah lain. Keadaan ini juga memberi masalah tambahan kepada kemudahan kesihatan di Tanah Suci, menurut Arab News dalam portal beritanya www.arabnews.com pada Ahad. Timbalan Menteri Kesihatan (Pencegahan) Abdallah Al-Asiri, dipetik sebagai berkata oleh portal berita itu bahawa walaupun menunaikan haji wajib bagi umat Islam jika mereka mempunyai kemampuan dari segi fizikal dan kewangan, kebanyakan jemaah tidak mengambil perhatian terhadap perkara tersebut.

Beliau berkata kebanyakan orang Islam di seluruh dunia percaya meninggal dunia semasa menunaikan haji atau berada di Tanah Suci akan mendapat ganjaran masuk syurga dan ini menyebabkan ramai jemaah haji menyembunyikan masalah kesihatan mereka semasa menunaikan haji. Beliau menggesa para ulama di negara lain memberi penekanan kepada hakikat kemampuan fizikal adalah syarat penting bagi menunaikan haji. – Bernama, 22 September, 2014. -

See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/arab-saudi-bimbang-peningkatan-jemaah-haji-hadapi-masalah-kesihatan#sthash.jfD0re3p.dpuf

No comments:

Post a Comment