Tetamu 2 Tanah Haram

Perasaan rindu ini hasil dari doa Nabi Ibrahim a.s. ketika meninggalkan Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. atas perintah Allah,
"Wahai Tuhanku, aku tinggalkan zuriatku di lembah yang gersang di sisi rumahMu (Baitikal Haram) untuk didirikan solat di atasnya. Oleh itu Ya Allah, jadikanlah hati manusia rindu kepadanya, moga-moga mereka selalu kembali kepadanya (Mekah)." ......Dan itulah aku yang Menggamit Rindu Haramain....

TV AL HIJRAH - LABBAIKALLAH 17 SEPTEMBER 2015 / 3 ZULHIJJAH 1436 HIJRAH https://www.youtube.com/watch?v=w7GjzeKhECs


Tuesday 5 July 2011

DI BAWAH LINDUNGAN K'ABAH

"Kami selesai melakukan tawaf sekitar 45 minit. Saya meminta semua supaya meneruskan satu pusingan lagi. Ketika ini kami merapatkan badan ke Ka’bah. Selepas melepasi Hajar Aswad yang sememangnya tidak dapat kami gagahi untuk mengucupnya, kami menyusur ke Makam Ibrahim. Kami berlima bersama merapatkan diri ke dinding makam. Kemudian kami berensot pula ke Hijir Ismail. Dalam lengkungan Hijir Ismail ini kami tidak dibenarkan masuk oleh polis. Lalu kami melepasi Rukun Iraqi dan Rukun Syami. Setibanya kami di Rukun Yamani kami diizinkan oleh Allah untuk menyentuh Rukun Yamani. Ketika inilah saya menarik tangan Sobah dan Uda untuk sama-sama menyentuh Rukun Yamani dan dinding Ka’bah. Jelas ada air mata yang tumpah di pipi mereka berdua.
Benar kami tidak mampu untuk berebut-rebut dan menolak-nolak jemaah lain semata-mata untuk mencium Hajar Aswad. Tetapi cukuplah bagi kami menyentuh Rukun Yamani dan dinding Ka’bah bagi merasai nikmat dari keizinan Allah ini."
Petikan dari buku yang bakal terbit : 'MENGGAMIT RINDUKU HARAMAIN'

No comments:

Post a Comment