Tetamu 2 Tanah Haram

Perasaan rindu ini hasil dari doa Nabi Ibrahim a.s. ketika meninggalkan Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. atas perintah Allah,
"Wahai Tuhanku, aku tinggalkan zuriatku di lembah yang gersang di sisi rumahMu (Baitikal Haram) untuk didirikan solat di atasnya. Oleh itu Ya Allah, jadikanlah hati manusia rindu kepadanya, moga-moga mereka selalu kembali kepadanya (Mekah)." ......Dan itulah aku yang Menggamit Rindu Haramain....

TV AL HIJRAH - LABBAIKALLAH 17 SEPTEMBER 2015 / 3 ZULHIJJAH 1436 HIJRAH https://www.youtube.com/watch?v=w7GjzeKhECs


Tuesday 19 July 2011

Bukan Tidak Ada



Bukan Tidak Ada
Hari ini tidak ada susu dik, abang tidak ada duit hendak beli susu…
Air ini pun abang ambil dari air paip dekat mesjid seberang jalan tu.
Kau tidur dulu lah dik…
Mungkin sebentar lagi ada orang akan datang
Yang punya hati
Yang punya perasaan
Yang punya kemanusiaan
Sudi meletakkan sekeping dua duit syiling atau kertas
Atau mungkin hanya melirikkan mata jengkel mereka
Menahan muntah dan loya melihat kita…
Sabarlah dik…
Abang tahu kau lapar….
Tapi abang tak ada duit hendak beli makanan
Kau tidurlah dulu
Nanti sekejap lagi abang akan ke sana
Sebelum anjing dan kucing datang…
Di situ mungkin ada cebisan roti atau nasi untuk kita
Sabarlah dik
Kau tidurlah dulu…

Ahhh…abang juga letih dik…
Lelah mendukung kau yang tidak mampu berjalan
Entah mana kau hilangkan kasut yang tinggal sebelah
Tetapi tidak mengapa, sekejap lagi
Abang akan carikan kau kasut lain
Walaupun tak sama
Tapi cukup untuk mengalas tapak kakimu dari terluka
Dan abang tidak lagi perlu mendukungmu…

Ahh…abang juga letih dik…
Biarlah kita tidur saja di sini
Mungkin ada yang bersimpati
Membawa kita pergi dari sini

Kerana abang tahu
bukan tidak ada yang simpati
bukan tidak ada yang mengerti
bukan tidak ada yang sudi
membantu kita sebagai makhluk Ilahi

Cuma mereka geli
Geli melihat badan kita yang berdaki

Paklang

No comments:

Post a Comment