Tetamu 2 Tanah Haram

Perasaan rindu ini hasil dari doa Nabi Ibrahim a.s. ketika meninggalkan Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. atas perintah Allah,
"Wahai Tuhanku, aku tinggalkan zuriatku di lembah yang gersang di sisi rumahMu (Baitikal Haram) untuk didirikan solat di atasnya. Oleh itu Ya Allah, jadikanlah hati manusia rindu kepadanya, moga-moga mereka selalu kembali kepadanya (Mekah)." ......Dan itulah aku yang Menggamit Rindu Haramain....

TV AL HIJRAH - LABBAIKALLAH 17 SEPTEMBER 2015 / 3 ZULHIJJAH 1436 HIJRAH https://www.youtube.com/watch?v=w7GjzeKhECs


Monday 11 July 2011

Proses Mencuci Lantai Dataran Ka'bah

Proses mencuci lantai di Masjidil Haram cukup mudah.
Pertama mereka akan menuangkan cecair yang berupa 'clorox' ke atas lantai,
kemudian mereka terus menggunakan penolak air bagi meratakan 'clorox' tersebut.
Akhirnya mereka akan menolak semula 'clorox' ke dalam longkang.
Mereka langsung tidak menggunakan air utuk mencuci 'clorox' tersebut.
Kerana itu saya pernah menyaksikan sendiri ketika kami sedang melakukan saie,
seorang jemaah terjatuh setelah mengambil air zam-zam.
Air zam-zam yang tumpah, tidak dikeringkan. Ia amat membahayakan
sesiapa yang memijaknya.
Yang susah ketika mencuci lantai ini ialah, gangguan jemaah yang degil.
Pekerja akan menjerit dengan perkatan 'Tariq!, Tariq! (jalan!, jalan!)
tetapi ada juga yang berdegil....cecair 'clorox' akan dituangkan walaupun ada yang berdegil
tidak mahu beranjak ke tepi. Akhirnya cecair 'clorox' mengenai kaki jemaah.
Hampir keseluruhan jemaah yang memijak lantai, pasti akan merungut, kaki mereka kering dan merekah
sekembali mereka ke tanah air.
Apa yang dapat dikongsikan bersama, anda dicadangkan menggunakan sejenis kasut 'khauf' untuk melakukan tawaf dan saie.
Tetapi ingat! bagi jemaah lelaki anda jangan menggunakan kasut tersebut ketika sedang dalam ihram.
Memang Praktikal menggunakan 'kasut khauf' tersebut. Ia boleh didapati di kedai tepi-tepi jalan dengan harga 7, 8 dan 10 Riyal, bergantung dengan hampirnya musim Haji. Kerana barang akan jadi lebih murah apabila selesai musim haji.


Khauf jenis sandal mudah dan ringkas


Khauf jenis tinggi

Gambar diambil dari blog Kemilau Mentari : http://samnoey.blogspot.com/2011/02/mari-kita-belajar-tentang-kasut-khuf.html 'maaf puan copy gambar tanpa izin'
Anda juga boleh mendapatkan info tentang khauf di sini :

3 comments:

  1. Ho ho... popularlah kaki my hubby...

    ReplyDelete
  2. Kaki tu boleh jadi iklan untuk kasut khauf jenama "Fendy"...idea untuk kita hantar ke Mekah. Amacam? boleh kongsi modal...he he he

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete