Tetamu 2 Tanah Haram

Perasaan rindu ini hasil dari doa Nabi Ibrahim a.s. ketika meninggalkan Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. atas perintah Allah,
"Wahai Tuhanku, aku tinggalkan zuriatku di lembah yang gersang di sisi rumahMu (Baitikal Haram) untuk didirikan solat di atasnya. Oleh itu Ya Allah, jadikanlah hati manusia rindu kepadanya, moga-moga mereka selalu kembali kepadanya (Mekah)." ......Dan itulah aku yang Menggamit Rindu Haramain....

TV AL HIJRAH - LABBAIKALLAH 17 SEPTEMBER 2015 / 3 ZULHIJJAH 1436 HIJRAH https://www.youtube.com/watch?v=w7GjzeKhECs


Monday, 18 July 2011

Tragedi semasa 'check up'


Saya dan Sobah pada mulanya agak keletihan. Lagi pula bulan puasa. Tetapi kami memikirkan sisi positif untuk latihan kepada kami sewaktu di Tanah Suci. Saya dan Sobah meletakkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji kami ke dalam bakul kecil yang disediakan di kaunter. Selang beberapa ketika saya dipanggil oleh petugas kaunter. Sambil tersenyum perempuan muda itu menunjukkan kepada saya muka surat 9 dengan tajuk ‘Pengakuan Bakal Haji’. Pada mulanya saya tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh petugas tersebut. Kemudian barulah saya menyedari, saya telah menurunkan tandatangan pada bahagian yang salah. Iaitu pada bahagian yang berwarna merah yang bertulis;
‘Jika saya mengandung selepas pemeriksaan kesihatan dibuat, saya akan menarik diri dan menangguhkan pemergian saya’.
Sambil terseyum malu saya meminta maaf kepada petugas kaunter berkenaan. Beliau juga tersenyum dan memberitahu itu tidaklah menyebakan saya tidak boleh menunaikan haji. Kami sama-sama tersenyum. Betapalah ‘kalutnya’ saya ketika menandatangani buku tersebut, tanpa membaca secara terperinci terlebih dahulu. Kembali ke kerusi tempat menunggu, saya menceritakan kisah tersebut kepada Sobah. Beliau mentertawakan saya sambil mengusik;
“Siapakah yang telah membuatkan awak mengandung?”

No comments:

Post a Comment