Tetamu 2 Tanah Haram

Perasaan rindu ini hasil dari doa Nabi Ibrahim a.s. ketika meninggalkan Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. atas perintah Allah,
"Wahai Tuhanku, aku tinggalkan zuriatku di lembah yang gersang di sisi rumahMu (Baitikal Haram) untuk didirikan solat di atasnya. Oleh itu Ya Allah, jadikanlah hati manusia rindu kepadanya, moga-moga mereka selalu kembali kepadanya (Mekah)." ......Dan itulah aku yang Menggamit Rindu Haramain....

TV AL HIJRAH - LABBAIKALLAH 17 SEPTEMBER 2015 / 3 ZULHIJJAH 1436 HIJRAH https://www.youtube.com/watch?v=w7GjzeKhECs


Monday, 18 July 2011

Apakah penyakit meningitis


            Saya percaya dan yakin ramai jemaah haji tidak faham dan tahu tentang penyakit meningitis. Saya hanya baca seimbas lalu sahaja tentang penyakit ini. Bila diwajibkan mengambil vaksin meningitis, kami sekadar pergi dan diberikan suntikan. Kemudian kami balik dengan kesan sampingan seperti mengantuk dan sedikit rasa loya. Kami tidak ambil pusing mengapa vaksin ini perlu diambil.
            Di dalam buku Panduan Kesihatan Jemaah Haji menyatakan, meningitis ialah jangkitan bakteria atau virus yang berjangkit apabila berlaku infeksi ke atas selaput otak. Serangan virus ini boleh membawa maut. Pada tahun 1987, 2000 dan 2001, penyakit ini telah menjangkiti ramai jemaah haji termasuk jemaah haji Malaysia. Maka itu kerajaan Arab Saudi telah mewajibkan semua bakal haji mendapatkan suntikan Meningococcal Quadrivaient Vaccine ACYW 135 semenjak tahun 2002
            Penyakit meningitis ini mudah berjangkit dalam udara kering dan panas. Ia tersebar melalui lelehan hingus dan bersin ditempat terbuka atau sesak. Tanda-tanda dijangkiti penyakit ini ialah seperti, demam panas, sakit kepala, hidung berair, ruam badan, sakit tengkuk, rasa loya atau muntah, kurang ingatan atau bercakap merapu, pengsan, sawan dan koma. Ini bermakna penyakit ini sangat merbahaya terutama ketika berada di Tanah Suci. Selain dari mendapatkan suntikan dari pihak yang dibenarkan, jemaah juga hendaklah turut berdoa agar Allah permudahkan urusan atas segala perkara semasa beribadat di Tanah Suci. Semoga Allah memelihara kita sepanjang hayat dari segala jenis penyakit. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment