Tips Umum Semasa Berada Di Tanah Suci
Tips agar tidak tersesat di Tanah Suci
-
Hafalkan nama maktab atau hotel atau
lambang bangunan, lokasi di mana anda menginap. Ingat betul-betul sebelum
keluar maktab.
-
Catat juga nombor telefon dan atau
alamat hotel atau ambil kad hotel anda. Bawalah catatan tersebut setiap kali
meninggalkan hotel.
-
Camkan laluan, jalan-jalan,
bangunan-bangunan yang berhampiran dengan hotel penginapan anda. Jika ada
kemudahan, ambil gambar samada dengan telefon bimbit atau kamera.
-
Jika anda berasa belum mampu keluar
berdikari, jika keluar hendaklah secara berkumpulan.
-
Janganlah segan bertanya kepada polis,
sebutkan nama pintu di mana anda masuk ke Masjid.
-
Waspada sekitar anda, kerana jemaah
tersesat sangat terdedah kepada penipuan dan jenayah.
-
Jika anda telah keluar jauh dari pintu
Masjidil Haram, segera kembali ke Masjidil Haram, cari tempat janji temu yang
biasa, bertanya kepada jemaah haji Malaysia/ Indonesia lain untuk ke pintu
masuk janji temu atau lampu hijau tawaf, bersikap tenang dan sabar, jangan
panik dan jangan berusaha mencari jalan pulang sendiri kerana dikhuatiri akan
sesat lebih jauh.
-
Jika ada telefon bimbit hubungi
keluarga/kawan atau Ketua Rombongan (sebaiknya anda hendaklah saling mencacat
nombor handphone keluarga/kawan/ Ketua Rombongan ). Insya Allah mereka akan
mencari anda di tempat yang janji temu yang dipersetujui.
-
Muhasabah diri, perbanyak istighfar dan
selalu minta perlindungan Allah SWT, kerana Allah SWT adalah sebaik-baiknya
tempat berlindung. Dan percayalah, Allah pasti menolong kita, dengan cara yang
tidak kita sangka-sangka.
Panduan menelefon ke Malaysia /
menelefon ke Arab Saudi
-
Untuk membuat panggilan ke Tanah Air,
sejak kebelakangan ini jemaah haji/umrah tidaklah terlalu rumit sebagaimana
zaman dahulu kerana kebanyakan daripada kita sudah memiliki telefon bimbit
sendiri.
-
Kita boleh membawa telefon bimbit
sediada dari rumah lagi, atau dengan membelinya di sana. Cuma, masalahnya
samada talian mana yang harus kita pilih bagi membolehkan kita membuat
panggilan.
-
Ada yang cenderung mendaftarkan talian
untuk panggilan antarabangsa ( international roaming ) semasa di tanah air lagi
bagi membolehkan membuat panggilan ke tanah air dengan berbagai pakej harga
tawaran yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat komunikasi tempatan. Selalunya
kos untuk pendaftaran dan panggilan antarabangsa ini agak mahal jika kita silap
memilih pakej. Sebelum mendaftar, elok kita teliti betul-betul pakej yang
ditawarkan agar tidak tersilap dalam membuat keputusan.
-
Sebagai satu pilihan lain, para jemaah
haji/umrah boleh juga memilih untuk membeli simkad yang dijual di sana dengan
syarikat komunkasi yang berbagai-bagai seperti Mobily, Zain dan sebagainya (
Caj panggilan Zain biasanya lebih murah dari Mobily ). Berdasarkan pengalaman,
sekiranya membuat panggilan ke Malaysia untuk tempoh 4-5 minit, caj panggilan
lebih kurang SR4.00 - SR 5.00 sahaja.
-
Untuk satu-satu plan permulaan, harga
biasanya ada yang SR30.00 dan ada yang SR50.00. Dengan membeli simkad ini, kita
boleh membuat panggilan ke Tanah Air dan boleh membuat tambah-nilai dengan
membelinya di kedai-kedai berhampiran dari semasa ke semasa apa bila perlu.
-
Pada masa kini, Jemaah juga boleh
membeli simkad tersebut dari tanah air yang lengkap dengan panduan dalam Bahasa
Malaysia.
-
Jemaah tidak di galakkan untuk membeli
simkad yang di jual oleh pekerja-pekerja di lapangan terbang kerana harganya
yang jauh lebih mahal berbanding di kedai.
-
Dengan demikian, terpulang kepada kita
untuk membuat keputusan yang mana satu harus dipilih. Bagi membuat panggilan,
cara dailnya seperti dinyatakan seperti dibawah
-
-
PANGGILAN TERUS KE MALAYSIA :
-
Contoh no : 012-3456789
-
Dail : 0060123456789
-
PANGGILAN TERUS KE ARAB SAUDI:
PANGGILAN TERUS KE ARAB SAUDI:
-
Contoh no : 051-7654321
-
Dail : 00966517654321
Tips untuk menghindari tersesat di
Masjidil Haram
-
Datang lebih awal dari waktu solat.
Paling tidak, satu jam atau setengah jam sebelum azan berkumandang.
-
Jika ke Masjidil Haram sebaiknya anda
pergi berteman atau berkumpulan. Jangan pergi sendirian terutama bagi jemaah
berusia lanjut atau ibu-ibu. Hal ini boleh menghindari kejadian tersesat. Jika
tersesat saling mengingatkan diantara yang lain.
-
Sebelum masuk masjid, amati sejenak
bangunan sekitarnya yang dapat mencirikan dari mana anda datang dan masuk ke
Masjidil Haram, jika boleh ingati nama pintu masjid yang dimasuki.
-
Ketika pertama kali masuk Masjidil
Haram, ingatlah nombor pintu masuk dan jika perlu catat di buku nota ( buku 555
seumpamanya ) terutamanya jika anda seorang pelupa. Jadikan pintu tersebut
sebagai tempat janji untuk bertemu dengan kawan/ isteri/ suami jika tercicir
daripada keluarga/rakan/kumpulan.
-
Setelah masuk pintu masjid, usahakan
jalan lurus menuju bangunan kaabah, ketika kaki memijak halaman kaabah
tengoklah ke arah atas bangunan masjid, cari tanda yang dapat dijadikan panduan
untuk mengecam dari mana Anda mulai masuk, sebelum turun ke sekitar kaabah.
Dengan adanya menara Jam Besar ( Abraj al Bayt ) tujuan pengecaman ini menjadi
lebih mudah kerana bangunan ini boleh dijadikan asas pengecaman untuk
mengelakkan daripada kita kehilangan arah sebelah mana pintu yang kita masuk ke
Masjidil Haram.
-
Anda harus mempunyai tempat berjanji
untuk bertemu di dalam Masjidil Haram jika anda terpisah dengan rombongan saat
Tawaf atau tersesat di dalam masjid. Tempat janji temu yang paling mudah
dikenali di dalam Masjid adalah Lampu Hijau mulai tawaf iaitu setentang dengan
penjuru Hajarul Aswad. Jadi terdapat dua tempat janji temu yang boleh kita buat
samada di dalam masjid (di Lampu Hijau mulai Tawaf ) atau di luar Masjid
(Nombor Pintu masuk).
-
Hal terakhir yang patut diingat terus
adalah memantapkan niat dan sikap ikhlas selama di Masjidil Haram. Niat dan
sikap ikhlas terbukti berkesan untuk menjamin para jemaah mendapatkan kemudahan
dan kelancaran selama ibadah.
Jika anda tersesat maka, lakukanlah:
-
Muhasabah diri, perbanyak istighfar dan
selalu minta perlindungan Allah SWT, kerana Allah SWT adalah sebaik-baiknya
tempat berlindung. Dan percayalah, Allah pasti menolong kita, dengan cara yang
tidak kita sangka-sangka.
-
Janganlah segan bertanya kepada polis,
sebutkan nama pintu di mana anda masuk ke Masjid.
-
Waspada sekitar anda, kerana jemaah
tersesat sangat terdedah kepada penipuan dan jenayah.
-
Jika anda telah keluar jauh dari pintu
Masjidil Haram, segera kembali ke Masjidil Haram, cari tempat janji temu yang
biasa, bertanya kepada jemaah haji Malaysia/ Indonesia lain untuk ke pintu
masuk janji temu atau lampu hijau tawaf, bersikap tenang dan sabar, jangan
panik dan jangan berusaha mencari jalan pulang sendiri kerana dikhuatiri akan
sesat lebih jauh.
-
Jika ada telefon bimbit hubungi
keluarga/kawan atau Ketua Rombongan (sebaiknya anda hendaklah saling mencacat
nombor handphone keluarga/kawan/ Ketua Rombongan). Insya Allah mereka akan
mencari anda di tempat yang janji temu yang dipersetujui.
Tips selesa beribadah
-
Fahami dengan sempurna ilmu-ilmu ibadah
haji dan umrah, jangan terlalu bergantung kepada pembimbing/mutawwif kerana
adakalanya anda terpisah dari pembimbing/mutawwif.
-
Pelajari cara-cara sembahyang jenazah
kerana setiap waktu lepas solat fadhu di Masjidil Haram / Masjid Nabawi akan
ada solat jenazah.
-
Hafalkan doa-doa yang sesuai.
-
Jangan bawa wang terlalu banyak/ atau
barang-barang berharga kerana dikhuatiri hilang dan sebagainya.
-
Buat kumpulan kecil jika perlu
khususnya jemaah wanita ketika beribadat di Masjidil Haram terutamanya pada
waktu-waktu sesak.
-
Jangan lupa bawa bersama uncang
selipar/ kasut bagi memudahkan selipar/kasut yang anda pakai dibawa masuk ke
dalam dan ditempatkan disisi sewaktu beribadah.
-
Sekiranya meletakkan selipar/kasut di
rak-rak yang disediakan, ingati nombor rak kasut tersebut dan laluan pintu mana
ianya ditempatkan.
-
Jangan sekali-kali meletakkan
selipar/kasut di muka pintu masuk kerana ia biasanya akan disapu oleh
pekerja-pekerja kebersihan dan selalunya dilonggokkan di penjuru berdekatan
bercampur dengan selipar/kasut jemaah lain.
-
Urusan Tawaf dan Sa'ie
·
Hindari waktu terlalu padat atau waktu
terlalu panas
·
Jangan memaksa diri jika tubuh tidak
sihat
·
Hafalkan doa-doa singkat supaya anda
tidak terlalu khusyuk membaca buku panduan semasa mengerjakan ibadah tersebut.
·
Sebaiknya, makan sebelum berangkat
·
Berangkat dalam rombongan
·
Buat kelompok kecil
·
Perhatikan bangunan-bangunan/ lambang/
tanda-tanda yang boleh dijadikan sebagai pedoman jika anda tercicir dari
keluarga/ sahabat/ kumpulan.
·
Menetapkan lokasi pertemuan agar tidak
kebingungan apabila terpisah dengan keluarga atau rakan.
·
Pindah ke lantai dua dan tiga jika terlalu
padat
Tips bagi jemaah uzur
·
Jangan memaksa diri untuk beribadat
jika kesihatan tidak mengizinkan.
·
Dapatkan rehat secukupnya. Makan
ubat-ubat yang sesuai. ( Bawa khas ubat-ubatan tertentu secukupnya dari
Malaysia lagi bersama butiran ubat jika ada ) kerana di Makkah/ Madinah, harga
ubat-ubat di farmasi dan kos perubatan agak mahal.
·
Bagi jemaah Haji Malaysia,
klinik-kilinik Tabung Haji biasanya terdapat di Tingkat 1 bangunan penginapan
masing-masing. Jika keadaan sakit berpanjangan, jumpa doktor bertugas.
·
Dapatkan pandangan daripada guru-guru
agama/ pembimbing jika terlalu uzur untuk melaksanakan upah ibadah.
·
Untuk urusan mengupah tolak bagi urusan
tawaf dan saie termasuk tawaf wida' dengan kerusi roda, perkhidmatan ini boleh
didapati di luar pintu masjid di mana pengambil upah tolak selalunya sedia
menunggu pelanggan.
·
Kadar Upah Biasa Perkhidmatan Kerusi
Roda ( Bergantung kepada rundingan. Biasanya boleh tawar menawar dan adakalanya
turut bergantung kepada waktu sesak/tidak sesak dan jarak jauh tempat
penginapan dari Masjidil Haram dsb.)
·
1 Tawaf dan Saie = SR
250.00
·
1 Tawaf wida' = SR 100- SR
150
·
Urusan pembayaran sebaiknya dibuat
setelah semua kerja-kerja selesai.
Tips untuk mencium HajarulAswad
·
Mencium Hajarul Aswad bukanlah sesuatu
yang wajib bagi jemaah haji / umrah. Dalam keadaan Masjidil Haram yang penuh
sesak, jemaah tidak digalakkan berasak-asak memudaratkan diri hanya semata-mata
untuk mencium Hajarul Aswad. Namun begitu, jika keadaan mengizinkan, bolehlah
berbuat demikian :
·
Ambil waktu yang keadaan sekitar kaabah
tidak terlalu padat.
·
Pastikan tubuh badan anda kuat.
·
Jangan bawa atau pakai barang berharga.
·
Tanggalkan kaca mata yang dipakai
kerana dikhuatiri pecah kerana ditolak.
·
Sekiranya dalam keadaan berihram,
pastikan cara berpakaian ihram benar dan kuat. Sebaiknya telah selesai
bertahallul kerana dibimbangi permukaan Hajar Aswad dilumuri wangi-wangian dan
jemaah yang dalam ihram terikat dengan pantang larang semasa ihram.
·
Elakkan daripada terperangkap dengan
sindiket yang menawarkan anda untuk membantu mencium Hajarul Aswad khususnya
pada waktu sesak. Mereka ini pada mulanya menunjukkan seolah-olah ingin
membantu tetapi kemudiannya meminta bayaran tertentu. Ramai jemaah yang terpedaya
dengan bantuan yang ditawarkan. Jika ada yang menawarkan bantuan, tolak saja
tawaran tersebut.
·
Sekiranya berjaya mencium, jangan
terlalu lama. Beri laluan kepada jemaah lain untuk melakukan perkara yang sama.
·
Jika dipermudahkan Allah untuk menciumnya,
eloklah tidak terlalu menunjuk-nunjuk, menghebahkan ke sana sini kerana
dikhuatiri boleh menimbulkan rasa riak. Perbanyakkan syukur pada Allah. Biarlah
ia menjadi rahsia antara kita dengan Allah yang memberi kemudahan tersebut.
Tips bila terpaksa mengambil teksi/
kereta sewa
·
Sebaiknya berkumpulan ( 4-5 orang )
satu kereta..
·
Tanya dahulu harganya sama ada untuk
seorang atau satu kereta.
·
Jangan lekas bersetuju dengan kadar
yang dinyatakan. Cuba tawar sekiranya kadar tambang yang dinyatakan itu tidak
berpatutan. Jika tiada tolak ansur, cuba dapatkan teksi/kereta sewa lain.
·
Pastikan beg-beg atau barang-barang
berharga tiada yang tertinggal sebelum turun.
·
Jika suami-isteri, pastikan suami naik
dahulu kemudian baru isteri. Waktu turun, isteri turun dahulu kemudian baru
suami turun.
Tips tempat sesuai membeli kurma di
Madinah
·
Pasar Kurma ( Souq Tumur ) cukup
masyhur sebagai tempat pupular untuk membeli aneka jenis kurma sewaktu jemaah
berkunjung ke Madinah. Namun kadangkala terdapat kekeliruan di mana jemaah haji
atau umrah sering di bawa ke Ladang Kurma oleh pemandu bas atau pemandu
pelancong. Katanya sama saja Ladang Kurma dengan Pasar Kurma.
·
Di ladang kurma ini sememangnya
terdapat aneka jenis kurma dan jemaah haji/umrah boleh makan seberapa banyak
kurma yang ada jika mahu secara percuma. Jika mahu dibawa pulang, maka ia perlu
dibeli. Penjualnya rata rata boleh berbahasa melayu indonesia, Harganya pula
boleh ditawar.
·
Sungguh pun begitu, bagi jemaah haji
atau umrah yang ditawarkan untuk ke Ladang Kurma, sebagaimana yang digambarkan
di atas, sebaiknya jika ke sana. jangan lekas membeli kurma yang terdapat di
ladang kurma ini kerana harga kurma di sini jauh lebih mahal berbanding di
Pasar Kurma. contohnya kurma Ajwa ( atau lebih dikenali Kurma Nabi ) di Ladang Kurma
dijual dengan harga SR 70.00 sedangkan kalau ke Pasar Kurma, kurma yang sama
harganya hanya SR 50.00 saja.
·
Pasar Kurma yang sebenarnya terletak
tidak jauh dari Masjid Nabawi dari pintu 7 ( pergi ikut penjuru di sebelah
kanan dari arah kiblat ). Setelah itu perlu menyeberang jalan, ada hotel al
Isro. Kemudian, ambil ke kanan terus sudah kelihatan pasar kurmanya. Di pasar
Kurma yang asli ini, selain kurma, anda pun dapat membeli kacang, coklat dan
lain-lain.
Tips menyediakan beg/ bagasi sebelum
berangkat
·
Kerosakan dan kehilangan beg/bagasi
jemaah haji memang kerap berlaku sewaktu jemaah haji melaksanakan haji di Tanah
Suci.
·
Dalam memilih beg bagasi untuk dibawa
ke Tanah suci, jemaah dinasihatkan agar membeli beg yang berkualiti bagi
menjamin beg /bagasi tersebut tidak mudah koyak/ rosak sepanjang tempoh
perjalanan.
·
Di samping itu, maklumat-maklumat
penting diri seperti Nama,No. K/Pengenalan, No. KT, No. Telefon serta alamat di
Malaysia hendaklah ditulis pada beg berkenaan selain melekatkan sekeping gambar
foto sendiri.
·
Agar beg/bagasi anda mudah untuk
dikenali, ada baiknya pengenalan tambahan dilekatkan pada beg/bagasi tersebut
seperti mengikat cebisan kain berwarna yang senang anda camkan dari jauh dan
kenali dengan cepat bahawa beg/bagasi tersebut milik anda walaupun ia berada
dalam longgokan beg/beg bagasi yang bercampur aduk dengan beg/bagasi jemaah
haji lain.
Tips bersedekah di Tanah Suci
·
Sewaktu berada di Tanah Suci, jemaah
haji/umrah sukar untuk menghindari daripada bersua dengan para peminta sedekah.
·
Oleh demikian, tips berikut mungkin
boleh membantu kita berdepan dengan situasi ini seterusnya menjalani ibadat
dengan lebih harmoni,
·
Insya-Allah:
·
*Sentiasa sediakan duit kecil ( 1 riyal
atau 5 riyal ) yang mencukupi apabila keluar untuk urusan ziarah atau keluar
beribadat.
·
*Di Kota Makkah dan Madinah, peminta
sedekah adakalanya mendekati kita untuk meminta sedekah. Cuba tangani dengan
bijak untuk menangani mereka. Jika diberi seorang, ramai pula yang lain akan
mengerumuni kita. Itulah sebabnya perlunya kita bersedia dengan duit kecil.
Jika bercadang untuk bersedekah, tempatkan wang kecil tadi di dalam poket yang
mudah diambil. Jika sudah habis, cakap saja sudah habis. ( sebutan dalam bahasa
arab : Khalaas bermaksud habis/ selesai ).
·
*Jika khuatir makin ramai yang akan
mengerumuni anda, abaikan saja permintaan mereka.
·
*Ketika di Masjidil Haram atau di
Masjid Nabawi, ramai di antara kita lebih selesa menghulurkan derma kepada para
pekerja yang membersihkan masjid berbanding menghulurkannya kepada peminta
sedekah yang meminta-minta. Alasannya berbeza mengikut pendapat masing-masing.
·
*Jika melawat dan mendaki Jabal Rahmah
di Arafah, atau mendaki Jabal Nur terdapat ramai peminta sedekah yang mengambil
kesempatan duduk di jalan-jalan tempat laluan utama untuk naik ke atas, yang
cacat menggunakan kecacatannya untuk mendapatkan simpati, malah ada yang
sengaja meletakkan anak kecil di tengah-tengah laluan sambil anak kecil
tersebut menangis menagih-nagih belas kasihan kita. Untuk menghulur derma pada
semua peminta sedekah tentu kita akan rasa terbeban. Bila menyediakan wang
kecil, tangan kita lebih ringan untuk memberi kerana agihannya dapat diberikan
kepada ramai yang meminta.
·
*Ketika menziarahi Masjid Quba di
Madinah, situasi berbeza pula berlaku. Anak-anak kecil mungkin diperalatkan
untuk menjual tasbih dan lain-lain. Setiap kali bas pelawat berhenti anak-anak
ini tanpa segan-silu mengerumuni kita seolah-olah memaksa anda untuk membeli
dengan harga yang ditetapkan ( biasanya 10 riyal ). Ada di antaranya yang tanpa
rasa segan dan takut, naik ke atas bas yang sedang berhenti sambil merayu agar
kita membeli tasbih-tasbih yang mereka jual dengan berbagai helah dan kerenah.
Situasi begini mungkin merimaskan kita. Tetapi itulah hakikatnya. Ada yang
bersimpati, akhirnya membeli juga walaupun kerana terpaksa.
·
*Dalam keadaan yang lain, sewaktu
perjalanan menaiki bas ke satu-satu destinasi, sering berlaku pemandu bas membuat
perangai. Ada yang terus terang meminta 'baksis'. Ada pula yang menggunakan
isyarat seperti tidak memasang pendingin hawa, bas pura-pura rosak di
pertengahan perjalanan dan sebagainya. Matlamatnya cuma satu iaitu mengharapkan
kita para penumpang mengeluarkan sedikit sumbangan kepadanya. Oleh itu, sebagai
musafir yang bertandang di tempat orang, kita harus bijak dan bersedia
menghadapi perkara-perkara sebegini. Bersedialah dengan duit kecil. Jika nampak
tanda-tanda sebegini, hulurkan saja sekadar yang ada. Anggaplah ia sebagai
sedekah ikhlas kita kepada hamba Allah yang mungkin benar-benar kesusahan dan
amat memerlukan walaupun ada peraturan yang melarang kita memberi 'baksis'
namun jika ianya pemberian ikhlas yang lahir dari hati yang tulus, ia tetap dikira
sebagai sedekah dan diganjarkan dengan ganjaran yang setimpal oleh Allah Swt.
Semoga dengan kemurahan hati kita, perjalanan kita dipermudahkan Allah, lancar
dan selamat sebagai mana yang diharap-harapkan, insya-Allah!
Hindari sifat-sifat riak, bangga diri,
ujub dan takbur, berserah diri hanya kepada Allah SWT dalam segala urusan.
Selalu mohon perlindungan kepada-Nya, sentiasa memohon agar dikurniakan
kesihatan badan, keselamatan harta-benda, kelancaran beribadah dan kelancaran
perjalanan pergi/balik serta redha dengan segala ujian yang diterima. Hanya
kepada-Nya sebaik-baik tawakkal. Semoga dipermudahkan Allah, insya-Allah.
Diambil dari : http://www.lintastravel.com/index.php?/packages/tips_haji_umrah
Assalamualaikum wrt.
ReplyDeleteTerima kasih pak lang mengenai info ini. sangat bermanfaat utk ibu ayah saya.
sama-sama...moga ibu dan ayah anda peroleh Rahmat dan RahimNya dan dikurniakan haji yang mabrur...aminnnn
Delete