Di ambil dari : http://pengalamanhajisaya.blogspot.com/2011/06/cetusan-rasa.html#
Bila ada niat menunaikan haji,macamana nak jadikan ia realiti?
Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakaatuh kepada pelawat blog sekalian.
Cetusan ilham untuk menghasilkan blog ini bertitiktolak dari pengalaman yang saya lalui tatkala membuat persiapan untuk mengerjakan haji pada 1431H/2010M yang lalu. Bagimanapun semua info di bawah sentiasa dikemaskini mengikut tahun semasa setakat termampu.
Ramai yang di luar sana masih tertanya-tanya jika seseorang itu terdetik di hatinya ingin menunaikan haji, apakah langkah pertama yang harus diambil untuk menjadikan ia satu realiti. Bagi kita orang Malaysia dan tinggal di Malaysia,langkah yang perlu diambil ialah:
1. Pergi ke pejabat Tabung Haji(TH) atau mana-mana kaunter bank yang menyediakan perkhidmatan urusan TH untuk membuka akaun simpanan TH kerana setiap warganegara Malaysia hanya boleh mengerjakan haji melalui proses yang ditetapkan oleh TH. (Membuka akaun bukan bermakna anda sudah berdaftar untuk menunaikan haji, akaun simpanan ini adalah untuk sekadar menyimpan duit di TH. Status anda sekarang ialah sebagai penyimpan di TH, anda belum berdaftar untuk menunaikan haji.
2. Apabila sudah buka akaun simpanan di TH, anda boleh mula menyimpan duit anda untuk sebarang tujuan simpanan. Bila simpanan di dalam akaun itu telah mencapai minimum RM1300(angka ini masih relevan setakat artikel ini ditulis) atau lebih maka barulah anda boleh mendaftarkan diri bagi tujuan menunaikan haji.(Inilah sebenarnya langkah mendaftarkan diri menunaikan haji). Setelah selesai langkah ini, pegawai yang berurusan dengan anda akan memberikan sehelai slip/kertas yang mencatatkan tahun yang anda bakal menerima surat tawaran mengerjakan haji(mungkin 20 - 30 tahun akan datang).Maka sekarang status anda ialah sudah berdaftar untuk menunaikan haji.
3. Langkah seterusnya ialah teruskan menabung dengan TH dan berdoalah agar anda di rezekikan oleh Allah untuk dipanggil menunaikan haji bila simpanan anda telah mencukupi jumlah yang ditetapkan.Ada kemungkinan giliran anda dipercepatkan kerana orang-orang yang telah menerima surat tawaran menolaknya kerana mungkin kewangan belum mencukupi atau telah meninggal dunia atau ada kesulitan lain yang menghalang mereka pergi.
4. Hadirkanlah diri pada kursus-kursus haji(*1) yang diadakan oleh TH di masjid-masjid sekitar tempat anda atau yang dianjurkan oleh syarikat 'travel agent' yang dilantik sebagai PJH(*2) dengan kerjasama TH(jika rajin bertanya...ada kursus haji yang dianjurkan PJH secara percuma). Banyak maklumat yang akan anda dapat dan tidak ada salahnya jika anda banyak kali mengikuti kursus-kursus ini dengan niat menambah ilmu dan moga-moga giliran anda dipercepatkan berkat usaha anda yang bersungguh-sungguh.
(*1)untuk mencari kursus haji anjuran TH disekitar anda tahun semasa(2014) sila klik http://www.tabunghaji.gov.my/web/guest/soalan-4
(*2)untuk melihat senarai PJH swasta berdaftar untuk tahun semasa (2014) yang dilantik secara sah oleh TH sila klik http://www.tabunghaji.gov.my/documents/10180/1702875/Senarai+PJH+2014_+1435H.pdf/14f52d11-136c-417d-9fc1-fe36f5e8d7bd
5. Jika ada keperluan untuk anda pergi segera, anda boleh menulis surat rayuan kepada TH dengan cara menyatakan sebab-sebab yang memerlukan anda menunaikan haji pada tahun yang tersebut.Anda boleh semak dengan TH untuk mengetahui tarikh akhir surat rayuan diterima pada setiap tahun.Setelah kes anda dinilai oleh TH dan jika doa serta solat hajat anda diterima Allah, sudah tertulis rezeki anda pada tahun itu maka anda akan menerima surat tawaran menunaikan haji pada tahun itu,mungkin tawaran itu lewat sedikit dari bakal-bakal jemaah yang memang sudah sampai gilirannya.
6. Apa pun yang terjadi sentiasalah berdoa kepada Allah dan yakinlah segalanya terjadi hanya dengan izinNya jua.Yang kita perlu lakukan ialah berusaha....
**untuk menyemak info semasa dari TH berkenaan proses persiapan haji tahun semasa(2014) sila klik di http://www.tabunghaji.gov.my/web/guest/faq-berkaitan-haji-/-umrah;jsessionid=5B57DA6F2A38956FEC87A67C2A476500.
*indeks
Kronologi saat akhir persediaan.
Untuk pengetahuan pembaca juga, saya belum pernah ke tanah suci/umrah sebelum ini. Ketika itu saya mempunyai "zero knowledge" dan tidak dapat membayangkan sedikit pun keadaan dan apa yang bakal dilalui kelak.
Saya sekadar menghadiri kursus haji mingguan yang dianjurkan pada tahun itu dan tidak berpeluang mengikuti 'kursus haji perdana' dan 'kursus haji intensif'(yang diwajibkan kepada mereka yang telah 'confirm' dan terpilih serta telah menjawab surat tawaran menunai haji lebih awal) kerana ketika itu saya hanya menaruh harapan yang menggunung dan hanya mengetahui terpilih sebagai tetamu Allah swt pada dua minggu sebelum tarikh bertolak.
Maka berkejarlah saya ke pejabat-pejabat yang berkenaan untuk urusan selanjutnya yang telah diselesaikan oleh mereka yang terpilih. Berikut adalah kronologi persiapan saya untuk menunaikan haji bersama syarikat PJH swasta yang berdaftar dengan TH.(Keputusan samada pergi bersama mu'asasah/TH atau PJH dibuat oleh mereka yang terpilih awal ketika menjawab surat tawaran dari TH).
Urusan yang dibuat sebaik terpilih di saat akhir - hampir 2 minggu sebelum tarikh berlepas. (Setelah dimaklumkan oleh PJH):
1) Pejabat SerahanTH (Ibu pejabat di Menara TH Jln Tun Razak, tingakt 30)
Untuk menyelesaikan semua urusan ini saya mengambil masa beberapa hari kerana kekangan masa dan keadaan.
Hari-hari yang berbaki digunakan untuk mencari keperluan barang-barang yang perlu dibawa ke sana dan menghadiri dua lagi bengkel dan taklimat haji yang telah diaturkan oleh PJH dengan kerjasama TH.
Urusan seterusnya adalah seperti jemaah lain, tertakluk kepada taklimat dan arahan2 yang dikeluarkan oleh pihak2 yang terbabit dari semasa ke semasa.
Keperluan yang dibawa:
* Tips persediaan
Pada pendapat saya, keperluan yang paling utama ialah ilmu...terutamanya yang selalu terlepas pandang dalam urusan ibadat asas, samada amalan fardhu atau sunat dan juga sunnah kerana tujuan kita ke sana adalah untuk beribadat dan setiap saat di sana adalah saat untuk beribadat sementara menunggu hari2 melakukan manasik haji.Terutamanya pastikan kita mendirikan solat(memahami,menghayati) dengan betul bermula dari wudhu'. Ibadat yang dilakukan dengan ilmu itu lebih tinggi darjat balasan disisi Allah dari ibadat tanpa ilmu yang mantap atau hanya sekadar ikut-ikutan.(hal ini selalu terlepas pandang kerana memikirkan ilmu manasik haji itu yang lebih diberatkan memandangkan ia baru dipelajari dan tujuan utama).
Dari pengalaman saya, memang ilmu tentang manasik haji itu penting tetapi ia telah banyak ditekankan sebelum bertolak dan sentiasa pula diberi tunjuk ajar dan dipimpin oleh petugas-petugas haji yang bersama kita sepanjang manasik haji.
Mengenai barang-barang yang perlu dibawa pula,banyak sumber cadangan yang kadang-kadang bertindih dan tak kurang juga memeningkan.Secara kesimpulannya saya rasakan bahawa senarai barangan yang dicadangkan oleh pihak TH dalam buku 'Panduan Perjalanan Jemaah Haji' adalah paling wajar.Walaubagaimanapun keperluan masing-masing berbeza.
*Tips membawa Pakaian
LELAKI:
Biasanya jemaah lelaki tidak bermasalah dalam menyediakan pakaian yang perlu dibawa,ramai yang hanya membawa keperluan minima seperti baju dan seluar dan selebihnya membeli jubah yang banyak dijual di sana pada harga yang sangat mampu dimiliki.
Satu saja pesanan bagi jemaah lelaki ialah supaya jangan lupa membawa sekurang-kurangnya sehelai kain pelikat yang tidak berjahit untuk kegunaan ke tandas ketika dalam keadaan berihram bagi menjaga kebersihan kain ihram terutama ketika di Arafah dan Mina.
WANITA:
Cuma di sini saya kongsikan tentang keperluan wanita supaya pembaca dapat membuat pilihan bijak.
Pengalaman saya ada rakan-rakan sebilik yang pandai mengurus keperluan dan hanya membawa pakaian yang minimum tetapi mencukupi,ada yang membawa banyak tetapi tidak sesuai maka tidak digunakan dan terpaksa rajin mendobi, tak kurang juga yang hanya membawa sehelai dua baju dan selebihnya dibeli di sana.
Untuk tujuan urus pakaian,boleh sahaja menghantar dobi yang biasanya diambil dan dihantar oleh pengusaha dobi atau jika ingin mendobi sendiri,eloklah dibawa tali yang kuat untuk dijadikan ampaian.
Tempat untuk dijadikan ampaian pula terpulanglah kepada tempat penginapan yang disediakan...gunakanlah mana-mana bonjol yang boleh diikat untuk jadikan ampaian dan bertolak ansur dengan rakan-rakan sebilik semasa menggunakan ampaian.
Ketika saya di Madinah,bilik air yang besar menjadi kawasan ampaian. Ketika di Mekah pula,bilik air lebih kecil, tetapi nasib kami baik kerana ada ruang kosong dalam kawasan bilik yang boleh dijadikan ruang ampaian. Ada juga rakan-rakan dari bilik lain yang naik ke bumbung hotel untuk menyidai baju...terpulanglah pada kreativiti masing-masing dan tertakluk pada kebenaran pihak hotel.
Penyangkut baju,baldi,berus baju,serbuk pencuci semuanya boleh dibeli di sana,jangan risau kerana kedai-kedai yang menjual perkakasan ini banyak didapati samada dibawah bangunan hotel atau disekitarnya.
Pakaian sehari-hari yang dipakai disana ialah jubah labuh atau jubah separas lutut dan seluar panjang,stokin dan sarung tangan yang dikenakan dengan telekung(tanpa kain).Jenis kain yang sesuai pada musim panas sekarang ialah dari jenis material yang tidak terlalu lembut dan nipis agar TIDAK jarang dan melekit pada tubuh.
Aktiviti seharian:
Disini saya ceritakan aktiviti sehari-hari di Madinah dan Makkah supaya pembaca dapat menilai dan merancang apakah barang-barang yang perlu dibawa bersama.
( ini adalah jadual yang diikuti oleh kebanyakan jemaah )
Semasa di Madinah
Kebiasaannya jemaah bergerak ke masjid antara 1-2jam sebelum waktu azan solat bagi memastikan mendapat tempat yang selesa didalam masjid terutamanya pada waktu subuh dan maghrib...jika sedikit terlewat,solat di luar masjidlah jawabnya.Selepas solat, pulang ke hotel untuk sarapan.
Selepas itu adalah waktu terluang yang boleh digunakan oleh jemaah untuk urusan peribadi samada mengurus diri di hotel,berehat atau ke pejabat TH untuk urusan pengeluaran duit,berjumpa kaunselor jika ada kemusykilan berkaitan urusan haji,berjumpa doktor di klinik,mendengar tazkirah,mengikuti taklimat,beriktiqaf di masjid atau seterusnya lawatan ziarah yang diatur oleh pihak pengurusan jemaah.
Masa antara waktu solat ini jugalah yang di gunakan oleh jemaah untuk membeli-belah barang-barang keperluan atau cenderahati untuk dibawa pulang memandangkan kedai-kedai berderetan di sepanjang laluan antara masjid ke hotel penginapan.
Untuk semua aktiviti ini pakaian yang dikenakan kebiasaannya adalah sama ketika ke masjid cuma mungkin telekung di gantikan dengan tudung yang labuh melepasi dada.Memandangkan selalunya jemaah berada di Madinah hanya selama lebihkurang 8 hari, jadi jadualnya agak padat dan sentiasa terisi.
Semasa berada di Makkah
Seperti juga di Madinah, jadual ulang alik ke masjid adalah sama dan mungkin lebih awal ke masjid memandangkan jemaah semakin ramai dan kebiasaannya lokasi hotel lebih jauh sedikit dari ketika di Madinah.
Kebiasaannya jemaah akan tinggal lebih lama di Mekah berbanding di Madinah, maka jadual tidak terlalu padat dan ada hari-harinya yang tiada aktiviti di atur namun begitu sesi tazkirah sentiasa diatur setiap hari samada waktu selepas solat subuh atau selepas solat isya. Walaupun tidak diwajibkan ke atas jemaah untuk menghadirinya tetapi sangat baik untuk dimanfaatkan.Terpulanglah pada jemaah bagaimana untuk menyusun atur waktu mereka semasa di sana.
Ketika di Makkah juga ada di atur oleh pihak pengurusan haji yang terbabit acara lawatan ziarah ke tempat-tempat sejarah dan trip untuk ke miqat bagi berniat umrah iaitu di luar dari tanah haram Makkah pada jemaah-jemaah yang hendak menunaikan umrah.
Namun seperti biasa pakaian yang dikenakan adalah sama seperti sebelumnya.Cuma satu yang saya perhatikan, rata-rata jemaah wanita mengenakan jubah dan pakaian serba putih ketika bergerak menuju wukuf di Arafah.
Ketika di Arafah, Muzdalifah dan Mina
Kami diarahkan membawa hanya 1 beg galas(backpack) sahaja dengan bekalan pakaian yang sangat 'limited'.Bertolak untuk wuquf di Arafah pada 8hb Zulhijjah dan berada di sana sehingga selepas terbenam matahari 9hb Zulhijjah.
Pergerakan di Arafah adalah sangat minima hanya sekitar khemah dan tandas.
Kemudian mula bergerak menuju ke Muzdalifah untuk bermabit dan seterusnya bergerak ke Mina dan tinggal di sana sehingga selesai urusan melontar menurut manasik haji.
Semasa di Mina pula pergerakan juga agak minima sekitar kawasan khemah. Namun pergerakan yang penting ialah berulang-alik untuk melontar di kawasan Jamrah.
*TIPS KETIKA DI ARAFAH,MUZDALIFAH DAN MINA:
Satu sahaja yang dapat saya fikirkan, iaitu bertenang, bertenang dan bertenang. Jika tidak sempat menukar pakaian,tidak sempat mandi,tidak sempat membasuh baju,tidak sempat mengurus diri kerana jemaah yang ramai dan tandas yang terhad...bertenanglah. Sememangnya waktu itu keadaan jemaah dalam keadaan kusut masai dan tidak selesa kerana sepanjang masa disana kita sedang beribadah dan itulah keutamaan.Jangan berhenti zikrullah,jika penat berehatlah,baring atau lena sekejap untuk mengumpul tenaga.
Kata orang jika sepanjang berada di Madinah/Makkah tidak mendapat selsema,demam atau batuk adalah satu hal yang sangat ganjil, terutama di Makkah.
Untuk ini sediakan ubatan sebaiknya.
Bagi mengatasi kulit/bibir yang kering pula sediakan losyen yang bersesuaian.
*TIPS KESIHATAN:
AIR ZAM-ZAM:
Untuk menjaga kesihatan, sentiasa meminum air zam-zam yang disediakan dalam Masjidilharam dan di hotel, CUMA bagi mengelakkan batuk, amalkan memilih air zam-zam biasa dari tong yang tidak bertanda 'COLD' kerana kebanyakan air zam-zam yang disediakan adalah yang disejukkan.
BATUK:
Satu langkah tambahan untuk kurangkan batuk ialah memakai penutup hidung/mask atau 'niqab'(yang boleh di beli dikedai menjual pakaian) bagi wanita, bagi mengelakkan debu dan dan paling penting virus di udara yang sangat sinonim disana kerana rakyat dari serata dunia yang datang dengan pelbagai latarbelakang kesihatan berkumpul di sana.
DEMAM:
Selain dari itu untuk mengelakkan demam, kami juga dinasihatkan untuk kurangkan mandi walaupun cuaca di sana panas.Jika mengamalkan mandi seperti kebiasaannya kita di Malaysia, kemungkinan untuk mendapat demam adalah tinggi.
BIBIR KERING/PECAH:
Satu tips yang berkesan untuk masalah kering bibir ialah sapukan butter yang boleh dibeli di kedai runcit di sana atau gunakan butter yang disediakan ketika waktu bersarapan(biasanya disajikan roti dan butter di samping juadah lain).Bahan ini lebih murah berbanding ubatan lain dan boleh berkongsi dengan rakan-rakan sebilik.
PANAS BADAN:
Amalkan juga meminum 'laban' -susu masam/yogurt arab(cuma perlu diingatkan...ada yang tidak 'tahan angin' bila meminum laban dan ini menyukarkan mereka untuk menyimpan wudhu yang lama ketika dimasjid...terpulang pada diri masing-masing) selain air zam-zam kerana itu amalan orang arab untuk menyejukkan badan dan tekak.
Ada rakan yang kulitnya tidak tahan dengan cuaca dan mengalami kulit kering yang terlampau. Mula-mula kulit kering dan gatal, jika digaru dan tidak dirawat bertukar menjadi luka dan pedih hingga meninggalkan parut. Elakkan dari awal...sediakan krim berubat yang sesuai dengan kulit masing-masing.
Semua tips-tips ini adalah nasihat yang diberikan oleh doktor kepada saya sewaktu saya mendapatkan rawatan kerana mengalami tanda2 sakit tekak semasa di Madinah.
*Tips membeli-belah di Mekah dan Madinah:
Membeli-belah juga adalah ibadah(mengikut niat), dimulai dengan doa masuk kawasan pasar.
KURMA:
Pada pendapat saya dan rakan-rakan jemaah yang ditemui, membeli kurma di 'pasar kurma di Madinah' adalah yang paling "good value for money" berbanding membeli kurma di ladang kurma ketika di Madinah atau pasar di Mekah.
PAKAIAN DAN LAIN-LAIN CENDERAHATI:
Sama saja antara Mekah dan Madinah, terpulang kepada setakat mana jemaah sanggup jelajah kedai dan pasar untuk mendapatkan sesuatu barang dan kebijaksanaan memenangi hati penjual untuk menawar harga.Semua penjual pandai berbahasa Melayu asas.Masa jemaah lebih lama di Mekah berbanding di Madinah samada ketika melakukan umrah atau haji, jadi mungkin peluang untuk menjenguk ke kedai-kedai di Mekah lebih tinggi.Terpulang.
PENGHANTARAN BARANG PULANG:
Tidak menjadi masalah kerana biasanya syarikat pengendali haji atau umrah sudah mengusahakan penghantaran barang-barang yang dibeli oleh jemaah untuk dibawa pulang dengan syarikat kurier Malaysia yang membuka pejabat di sana.Hanya sediakan bayarannya sahaja yang harganya standard.
*TIPS-TIPS DI ATAS JUGA BOLEH DIGUNAPAKAI UNTUK JEMAAH UMRAH DI MANA YANG BERSESUAIAN.
Kebiasaannya semua jemaah telah bersedia tambahan pula dengan gandingan TH dan pihak pengurusan haji yang dilantik sangat banyak ilmu yang di sampaikan. Apa yang pasti jika segala saranan,arahan dan nasihat di ikuti dan sentiasa mengambil berat tentang kesihatan, insyaAllah semoga segalanya di permudahkan dan didoakan para jemaah akan mendapat haji yang mabrur.
Sentiasalah berlapang dada dan dapatkan nasihat ustaz-ustaz yang sentiasa bersedia untuk membantu segala keraguan dalam urusan ibadah harian dan manasik haji.Berdoalah selalu agar jemaah sentiasa dilindungi dari segala kepayahan serta redha dan bersyukurlah dengan apa saja yang ditaqdirkan, akhirnya semoga perjalanan,ilmu dan pengalaman ini membawa kita lebih hampir kepadaNYA.
Ingatlah jemaah haji adalah 'dhuyuf arRahman'(tetamu ALLAH) maka bergantunglah dengan ALLAH sentiasa,banyakkan berdoa dan kepadaNYA lah kita berserah diri.
Wassalam.
Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakaatuh kepada pelawat blog sekalian.
Cetusan ilham untuk menghasilkan blog ini bertitiktolak dari pengalaman yang saya lalui tatkala membuat persiapan untuk mengerjakan haji pada 1431H/2010M yang lalu. Bagimanapun semua info di bawah sentiasa dikemaskini mengikut tahun semasa setakat termampu.
Ramai yang di luar sana masih tertanya-tanya jika seseorang itu terdetik di hatinya ingin menunaikan haji, apakah langkah pertama yang harus diambil untuk menjadikan ia satu realiti. Bagi kita orang Malaysia dan tinggal di Malaysia,langkah yang perlu diambil ialah:
1. Pergi ke pejabat Tabung Haji(TH) atau mana-mana kaunter bank yang menyediakan perkhidmatan urusan TH untuk membuka akaun simpanan TH kerana setiap warganegara Malaysia hanya boleh mengerjakan haji melalui proses yang ditetapkan oleh TH. (Membuka akaun bukan bermakna anda sudah berdaftar untuk menunaikan haji, akaun simpanan ini adalah untuk sekadar menyimpan duit di TH. Status anda sekarang ialah sebagai penyimpan di TH, anda belum berdaftar untuk menunaikan haji.
2. Apabila sudah buka akaun simpanan di TH, anda boleh mula menyimpan duit anda untuk sebarang tujuan simpanan. Bila simpanan di dalam akaun itu telah mencapai minimum RM1300(angka ini masih relevan setakat artikel ini ditulis) atau lebih maka barulah anda boleh mendaftarkan diri bagi tujuan menunaikan haji.(Inilah sebenarnya langkah mendaftarkan diri menunaikan haji). Setelah selesai langkah ini, pegawai yang berurusan dengan anda akan memberikan sehelai slip/kertas yang mencatatkan tahun yang anda bakal menerima surat tawaran mengerjakan haji(mungkin 20 - 30 tahun akan datang).Maka sekarang status anda ialah sudah berdaftar untuk menunaikan haji.
3. Langkah seterusnya ialah teruskan menabung dengan TH dan berdoalah agar anda di rezekikan oleh Allah untuk dipanggil menunaikan haji bila simpanan anda telah mencukupi jumlah yang ditetapkan.Ada kemungkinan giliran anda dipercepatkan kerana orang-orang yang telah menerima surat tawaran menolaknya kerana mungkin kewangan belum mencukupi atau telah meninggal dunia atau ada kesulitan lain yang menghalang mereka pergi.
4. Hadirkanlah diri pada kursus-kursus haji(*1) yang diadakan oleh TH di masjid-masjid sekitar tempat anda atau yang dianjurkan oleh syarikat 'travel agent' yang dilantik sebagai PJH(*2) dengan kerjasama TH(jika rajin bertanya...ada kursus haji yang dianjurkan PJH secara percuma). Banyak maklumat yang akan anda dapat dan tidak ada salahnya jika anda banyak kali mengikuti kursus-kursus ini dengan niat menambah ilmu dan moga-moga giliran anda dipercepatkan berkat usaha anda yang bersungguh-sungguh.
(*1)untuk mencari kursus haji anjuran TH disekitar anda tahun semasa(2014) sila klik http://www.tabunghaji.gov.my/web/guest/soalan-4
(*2)untuk melihat senarai PJH swasta berdaftar untuk tahun semasa (2014) yang dilantik secara sah oleh TH sila klik http://www.tabunghaji.gov.my/documents/10180/1702875/Senarai+PJH+2014_+1435H.pdf/14f52d11-136c-417d-9fc1-fe36f5e8d7bd
5. Jika ada keperluan untuk anda pergi segera, anda boleh menulis surat rayuan kepada TH dengan cara menyatakan sebab-sebab yang memerlukan anda menunaikan haji pada tahun yang tersebut.Anda boleh semak dengan TH untuk mengetahui tarikh akhir surat rayuan diterima pada setiap tahun.Setelah kes anda dinilai oleh TH dan jika doa serta solat hajat anda diterima Allah, sudah tertulis rezeki anda pada tahun itu maka anda akan menerima surat tawaran menunaikan haji pada tahun itu,mungkin tawaran itu lewat sedikit dari bakal-bakal jemaah yang memang sudah sampai gilirannya.
6. Apa pun yang terjadi sentiasalah berdoa kepada Allah dan yakinlah segalanya terjadi hanya dengan izinNya jua.Yang kita perlu lakukan ialah berusaha....
- membuka akaun TH
- mendaftarkan diri untuk menunaikan haji (dengan syarat simpanan melebihi rm1300) dan dapatkan slip yang menunjukkan tahun kelayakan anda menunaikan haji
- teruskan menabung sehingga cukup atau lebih dari jumlah yang diperlukan untuk tunai haji(ikut tahun semasa)
- mengikuti kursus-kursus haji -->*menghantar surat rayuan(jika ada keperluan)
- sentiasa berdoa,solat hajat dan tambahkan ilmu dalam ibadat supaya dapat beribadat dengan baik semasa di tanah suci nanti.
**untuk menyemak info semasa dari TH berkenaan proses persiapan haji tahun semasa(2014) sila klik di http://www.tabunghaji.gov.my/web/guest/faq-berkaitan-haji-/-umrah;jsessionid=5B57DA6F2A38956FEC87A67C2A476500.
*indeks
- TH : Tabung Haji
- PJH: Pengelola Jemaah Haji(terdiri dari agensi2 pelancungan swasta yang dilantik oleh TH untuk menguruskan jemaah haji - selain dari jemaah yang diuruskan sendiri oleh TH/mua'ssasah).Pastikan agensi itu termasuk dalam senarai yang dilantik oleh pihak TH mengikut tahun semasa.
- manasik haji: kerja-kerja haji.
Pemandangan Kaabah pada musim haji |
Kronologi saat akhir persediaan.
Saya sekadar menghadiri kursus haji mingguan yang dianjurkan pada tahun itu dan tidak berpeluang mengikuti 'kursus haji perdana' dan 'kursus haji intensif'(yang diwajibkan kepada mereka yang telah 'confirm' dan terpilih serta telah menjawab surat tawaran menunai haji lebih awal) kerana ketika itu saya hanya menaruh harapan yang menggunung dan hanya mengetahui terpilih sebagai tetamu Allah swt pada dua minggu sebelum tarikh bertolak.
Maka berkejarlah saya ke pejabat-pejabat yang berkenaan untuk urusan selanjutnya yang telah diselesaikan oleh mereka yang terpilih. Berikut adalah kronologi persiapan saya untuk menunaikan haji bersama syarikat PJH swasta yang berdaftar dengan TH.(Keputusan samada pergi bersama mu'asasah/TH atau PJH dibuat oleh mereka yang terpilih awal ketika menjawab surat tawaran dari TH).
Urusan yang dibuat sebaik terpilih di saat akhir - hampir 2 minggu sebelum tarikh berlepas. (Setelah dimaklumkan oleh PJH):
1) Pejabat SerahanTH (Ibu pejabat di Menara TH Jln Tun Razak, tingakt 30)
- maklumkan pegawai dikaunter tentang urusan- 'menjawab surat tawaran'.Mereka memberi satu set borang untuk diisi.(borang ini telah dihantar kepada mereka yang telah terpilih sejak awal tahun lagi).Setelah borang diisi dan ditandatangani, ia diserahkan kembali kepada pegawai bertugas.
- menyerahkan paspot dan 2 keping gambar(bersaiz visa yang berlatar belakang warna putih) untuk urusan visa haji.
- memastikan sebelum meninggalkan kaunter,'surat pengesahan terima tawaran' dari pegawai TH terbabit telah diperolehi.
- mendapatkan buku perubatan untuk urusan suntikan dan 'medical check up' di tingkat bawah - kaunter urusniaga TH(mereka yang telah terpilih awal sudah pun mendapatkan buku ini dan semua suntikan yang diperlukan kerana TH ada mengaturkan tarikh suntikan didapati dari doktor-doktor yang membuka kaunter sementara di pejabat TH pada harga yang dipersetujui)
- menyerahkan 'surat pengesahan terima tawaran' dari TH,salinan paspot dan 4 keping gambar(bersaiz visa)
- menyelesaikan pembayaran pengurusan haji.(jumlah bayaran semasa ini boleh disemak dengan mana-mana PJH yang diluluskan oleh TH)
- menjalani 'medical check up' dan suntikan yang disarankan.Saya terpaksa pergi pada hari yang lain kerana ubat untuk suntikan telah kehabisan stok.
- menyerahkan buku perubatan yang telah siap ditandatangani oleh doktor panel TH
- menerima hadiah-hadiah saguhati rakan-rakan TH yang diedarkan oleh pejabat cawangan TH (seperti beg,selipar tandas,pek toiletteries,buku-buku panduan haji dan doa dll mengikut rezeki dan stok semasa)
Untuk menyelesaikan semua urusan ini saya mengambil masa beberapa hari kerana kekangan masa dan keadaan.
Hari-hari yang berbaki digunakan untuk mencari keperluan barang-barang yang perlu dibawa ke sana dan menghadiri dua lagi bengkel dan taklimat haji yang telah diaturkan oleh PJH dengan kerjasama TH.
Urusan seterusnya adalah seperti jemaah lain, tertakluk kepada taklimat dan arahan2 yang dikeluarkan oleh pihak2 yang terbabit dari semasa ke semasa.
Menara Jam dari perkarangan Masjidilharam |
* Tips persediaan
Pada pendapat saya, keperluan yang paling utama ialah ilmu...terutamanya yang selalu terlepas pandang dalam urusan ibadat asas, samada amalan fardhu atau sunat dan juga sunnah kerana tujuan kita ke sana adalah untuk beribadat dan setiap saat di sana adalah saat untuk beribadat sementara menunggu hari2 melakukan manasik haji.Terutamanya pastikan kita mendirikan solat(memahami,menghayati) dengan betul bermula dari wudhu'. Ibadat yang dilakukan dengan ilmu itu lebih tinggi darjat balasan disisi Allah dari ibadat tanpa ilmu yang mantap atau hanya sekadar ikut-ikutan.(hal ini selalu terlepas pandang kerana memikirkan ilmu manasik haji itu yang lebih diberatkan memandangkan ia baru dipelajari dan tujuan utama).
Dari pengalaman saya, memang ilmu tentang manasik haji itu penting tetapi ia telah banyak ditekankan sebelum bertolak dan sentiasa pula diberi tunjuk ajar dan dipimpin oleh petugas-petugas haji yang bersama kita sepanjang manasik haji.
Mengenai barang-barang yang perlu dibawa pula,banyak sumber cadangan yang kadang-kadang bertindih dan tak kurang juga memeningkan.Secara kesimpulannya saya rasakan bahawa senarai barangan yang dicadangkan oleh pihak TH dalam buku 'Panduan Perjalanan Jemaah Haji' adalah paling wajar.Walaubagaimanapun keperluan masing-masing berbeza.
*Tips membawa Pakaian
LELAKI:
Biasanya jemaah lelaki tidak bermasalah dalam menyediakan pakaian yang perlu dibawa,ramai yang hanya membawa keperluan minima seperti baju dan seluar dan selebihnya membeli jubah yang banyak dijual di sana pada harga yang sangat mampu dimiliki.
Satu saja pesanan bagi jemaah lelaki ialah supaya jangan lupa membawa sekurang-kurangnya sehelai kain pelikat yang tidak berjahit untuk kegunaan ke tandas ketika dalam keadaan berihram bagi menjaga kebersihan kain ihram terutama ketika di Arafah dan Mina.
WANITA:
Cuma di sini saya kongsikan tentang keperluan wanita supaya pembaca dapat membuat pilihan bijak.
Pengalaman saya ada rakan-rakan sebilik yang pandai mengurus keperluan dan hanya membawa pakaian yang minimum tetapi mencukupi,ada yang membawa banyak tetapi tidak sesuai maka tidak digunakan dan terpaksa rajin mendobi, tak kurang juga yang hanya membawa sehelai dua baju dan selebihnya dibeli di sana.
Untuk tujuan urus pakaian,boleh sahaja menghantar dobi yang biasanya diambil dan dihantar oleh pengusaha dobi atau jika ingin mendobi sendiri,eloklah dibawa tali yang kuat untuk dijadikan ampaian.
Tempat untuk dijadikan ampaian pula terpulanglah kepada tempat penginapan yang disediakan...gunakanlah mana-mana bonjol yang boleh diikat untuk jadikan ampaian dan bertolak ansur dengan rakan-rakan sebilik semasa menggunakan ampaian.
Ketika saya di Madinah,bilik air yang besar menjadi kawasan ampaian. Ketika di Mekah pula,bilik air lebih kecil, tetapi nasib kami baik kerana ada ruang kosong dalam kawasan bilik yang boleh dijadikan ruang ampaian. Ada juga rakan-rakan dari bilik lain yang naik ke bumbung hotel untuk menyidai baju...terpulanglah pada kreativiti masing-masing dan tertakluk pada kebenaran pihak hotel.
Penyangkut baju,baldi,berus baju,serbuk pencuci semuanya boleh dibeli di sana,jangan risau kerana kedai-kedai yang menjual perkakasan ini banyak didapati samada dibawah bangunan hotel atau disekitarnya.
Pakaian sehari-hari yang dipakai disana ialah jubah labuh atau jubah separas lutut dan seluar panjang,stokin dan sarung tangan yang dikenakan dengan telekung(tanpa kain).Jenis kain yang sesuai pada musim panas sekarang ialah dari jenis material yang tidak terlalu lembut dan nipis agar TIDAK jarang dan melekit pada tubuh.
Aktiviti seharian:
Disini saya ceritakan aktiviti sehari-hari di Madinah dan Makkah supaya pembaca dapat menilai dan merancang apakah barang-barang yang perlu dibawa bersama.
( ini adalah jadual yang diikuti oleh kebanyakan jemaah )
Semasa di Madinah
Persekitaran Masjid Nabawi(di bawah kubah hijau itu terletak makam nabi saw) |
Kebiasaannya jemaah bergerak ke masjid antara 1-2jam sebelum waktu azan solat bagi memastikan mendapat tempat yang selesa didalam masjid terutamanya pada waktu subuh dan maghrib...jika sedikit terlewat,solat di luar masjidlah jawabnya.Selepas solat, pulang ke hotel untuk sarapan.
Selepas itu adalah waktu terluang yang boleh digunakan oleh jemaah untuk urusan peribadi samada mengurus diri di hotel,berehat atau ke pejabat TH untuk urusan pengeluaran duit,berjumpa kaunselor jika ada kemusykilan berkaitan urusan haji,berjumpa doktor di klinik,mendengar tazkirah,mengikuti taklimat,beriktiqaf di masjid atau seterusnya lawatan ziarah yang diatur oleh pihak pengurusan jemaah.
Masa antara waktu solat ini jugalah yang di gunakan oleh jemaah untuk membeli-belah barang-barang keperluan atau cenderahati untuk dibawa pulang memandangkan kedai-kedai berderetan di sepanjang laluan antara masjid ke hotel penginapan.
Untuk semua aktiviti ini pakaian yang dikenakan kebiasaannya adalah sama ketika ke masjid cuma mungkin telekung di gantikan dengan tudung yang labuh melepasi dada.Memandangkan selalunya jemaah berada di Madinah hanya selama lebihkurang 8 hari, jadi jadualnya agak padat dan sentiasa terisi.
Ulang alik dari penginapan ke Masjidilharam |
Seperti juga di Madinah, jadual ulang alik ke masjid adalah sama dan mungkin lebih awal ke masjid memandangkan jemaah semakin ramai dan kebiasaannya lokasi hotel lebih jauh sedikit dari ketika di Madinah.
Kebiasaannya jemaah akan tinggal lebih lama di Mekah berbanding di Madinah, maka jadual tidak terlalu padat dan ada hari-harinya yang tiada aktiviti di atur namun begitu sesi tazkirah sentiasa diatur setiap hari samada waktu selepas solat subuh atau selepas solat isya. Walaupun tidak diwajibkan ke atas jemaah untuk menghadirinya tetapi sangat baik untuk dimanfaatkan.Terpulanglah pada jemaah bagaimana untuk menyusun atur waktu mereka semasa di sana.
Ketika di Makkah juga ada di atur oleh pihak pengurusan haji yang terbabit acara lawatan ziarah ke tempat-tempat sejarah dan trip untuk ke miqat bagi berniat umrah iaitu di luar dari tanah haram Makkah pada jemaah-jemaah yang hendak menunaikan umrah.
Salah satu dari miqat umrah-(Masjid Aisyah di Tanai'm) ..set kain ihram untuk lelaki juga ada dijual di sini. |
Ketika di Arafah, Muzdalifah dan Mina
Kami diarahkan membawa hanya 1 beg galas(backpack) sahaja dengan bekalan pakaian yang sangat 'limited'.Bertolak untuk wuquf di Arafah pada 8hb Zulhijjah dan berada di sana sehingga selepas terbenam matahari 9hb Zulhijjah.
Pergerakan di Arafah adalah sangat minima hanya sekitar khemah dan tandas.
Kemudian mula bergerak menuju ke Muzdalifah untuk bermabit dan seterusnya bergerak ke Mina dan tinggal di sana sehingga selesai urusan melontar menurut manasik haji.
Semasa di Mina pula pergerakan juga agak minima sekitar kawasan khemah. Namun pergerakan yang penting ialah berulang-alik untuk melontar di kawasan Jamrah.
*TIPS KETIKA DI ARAFAH,MUZDALIFAH DAN MINA:
Satu sahaja yang dapat saya fikirkan, iaitu bertenang, bertenang dan bertenang. Jika tidak sempat menukar pakaian,tidak sempat mandi,tidak sempat membasuh baju,tidak sempat mengurus diri kerana jemaah yang ramai dan tandas yang terhad...bertenanglah. Sememangnya waktu itu keadaan jemaah dalam keadaan kusut masai dan tidak selesa kerana sepanjang masa disana kita sedang beribadah dan itulah keutamaan.Jangan berhenti zikrullah,jika penat berehatlah,baring atau lena sekejap untuk mengumpul tenaga.
Lain-lain hal berkaitan kesihatan:
Kata orang jika sepanjang berada di Madinah/Makkah tidak mendapat selsema,demam atau batuk adalah satu hal yang sangat ganjil, terutama di Makkah.
Untuk ini sediakan ubatan sebaiknya.
Bagi mengatasi kulit/bibir yang kering pula sediakan losyen yang bersesuaian.
*TIPS KESIHATAN:
AIR ZAM-ZAM:
Untuk menjaga kesihatan, sentiasa meminum air zam-zam yang disediakan dalam Masjidilharam dan di hotel, CUMA bagi mengelakkan batuk, amalkan memilih air zam-zam biasa dari tong yang tidak bertanda 'COLD' kerana kebanyakan air zam-zam yang disediakan adalah yang disejukkan.
BATUK:
Satu langkah tambahan untuk kurangkan batuk ialah memakai penutup hidung/mask atau 'niqab'(yang boleh di beli dikedai menjual pakaian) bagi wanita, bagi mengelakkan debu dan dan paling penting virus di udara yang sangat sinonim disana kerana rakyat dari serata dunia yang datang dengan pelbagai latarbelakang kesihatan berkumpul di sana.
DEMAM:
Selain dari itu untuk mengelakkan demam, kami juga dinasihatkan untuk kurangkan mandi walaupun cuaca di sana panas.Jika mengamalkan mandi seperti kebiasaannya kita di Malaysia, kemungkinan untuk mendapat demam adalah tinggi.
BIBIR KERING/PECAH:
Satu tips yang berkesan untuk masalah kering bibir ialah sapukan butter yang boleh dibeli di kedai runcit di sana atau gunakan butter yang disediakan ketika waktu bersarapan(biasanya disajikan roti dan butter di samping juadah lain).Bahan ini lebih murah berbanding ubatan lain dan boleh berkongsi dengan rakan-rakan sebilik.
PANAS BADAN:
Amalkan juga meminum 'laban' -susu masam/yogurt arab(cuma perlu diingatkan...ada yang tidak 'tahan angin' bila meminum laban dan ini menyukarkan mereka untuk menyimpan wudhu yang lama ketika dimasjid...terpulang pada diri masing-masing) selain air zam-zam kerana itu amalan orang arab untuk menyejukkan badan dan tekak.
Ada rakan yang kulitnya tidak tahan dengan cuaca dan mengalami kulit kering yang terlampau. Mula-mula kulit kering dan gatal, jika digaru dan tidak dirawat bertukar menjadi luka dan pedih hingga meninggalkan parut. Elakkan dari awal...sediakan krim berubat yang sesuai dengan kulit masing-masing.
Semua tips-tips ini adalah nasihat yang diberikan oleh doktor kepada saya sewaktu saya mendapatkan rawatan kerana mengalami tanda2 sakit tekak semasa di Madinah.
*Tips membeli-belah di Mekah dan Madinah:
Membeli-belah juga adalah ibadah(mengikut niat), dimulai dengan doa masuk kawasan pasar.
KURMA:
Pada pendapat saya dan rakan-rakan jemaah yang ditemui, membeli kurma di 'pasar kurma di Madinah' adalah yang paling "good value for money" berbanding membeli kurma di ladang kurma ketika di Madinah atau pasar di Mekah.
PAKAIAN DAN LAIN-LAIN CENDERAHATI:
Sama saja antara Mekah dan Madinah, terpulang kepada setakat mana jemaah sanggup jelajah kedai dan pasar untuk mendapatkan sesuatu barang dan kebijaksanaan memenangi hati penjual untuk menawar harga.Semua penjual pandai berbahasa Melayu asas.Masa jemaah lebih lama di Mekah berbanding di Madinah samada ketika melakukan umrah atau haji, jadi mungkin peluang untuk menjenguk ke kedai-kedai di Mekah lebih tinggi.Terpulang.
PENGHANTARAN BARANG PULANG:
Tidak menjadi masalah kerana biasanya syarikat pengendali haji atau umrah sudah mengusahakan penghantaran barang-barang yang dibeli oleh jemaah untuk dibawa pulang dengan syarikat kurier Malaysia yang membuka pejabat di sana.Hanya sediakan bayarannya sahaja yang harganya standard.
*TIPS-TIPS DI ATAS JUGA BOLEH DIGUNAPAKAI UNTUK JEMAAH UMRAH DI MANA YANG BERSESUAIAN.
Kebiasaannya semua jemaah telah bersedia tambahan pula dengan gandingan TH dan pihak pengurusan haji yang dilantik sangat banyak ilmu yang di sampaikan. Apa yang pasti jika segala saranan,arahan dan nasihat di ikuti dan sentiasa mengambil berat tentang kesihatan, insyaAllah semoga segalanya di permudahkan dan didoakan para jemaah akan mendapat haji yang mabrur.
Sentiasalah berlapang dada dan dapatkan nasihat ustaz-ustaz yang sentiasa bersedia untuk membantu segala keraguan dalam urusan ibadah harian dan manasik haji.Berdoalah selalu agar jemaah sentiasa dilindungi dari segala kepayahan serta redha dan bersyukurlah dengan apa saja yang ditaqdirkan, akhirnya semoga perjalanan,ilmu dan pengalaman ini membawa kita lebih hampir kepadaNYA.
Ingatlah jemaah haji adalah 'dhuyuf arRahman'(tetamu ALLAH) maka bergantunglah dengan ALLAH sentiasa,banyakkan berdoa dan kepadaNYA lah kita berserah diri.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment