Tetamu 2 Tanah Haram

Perasaan rindu ini hasil dari doa Nabi Ibrahim a.s. ketika meninggalkan Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. atas perintah Allah,
"Wahai Tuhanku, aku tinggalkan zuriatku di lembah yang gersang di sisi rumahMu (Baitikal Haram) untuk didirikan solat di atasnya. Oleh itu Ya Allah, jadikanlah hati manusia rindu kepadanya, moga-moga mereka selalu kembali kepadanya (Mekah)." ......Dan itulah aku yang Menggamit Rindu Haramain....

TV AL HIJRAH - LABBAIKALLAH 17 SEPTEMBER 2015 / 3 ZULHIJJAH 1436 HIJRAH https://www.youtube.com/watch?v=w7GjzeKhECs


Wednesday, 13 July 2011

Bercukur

Bercukur adalah afdal bagi lelaki
manakala bergunting 3 helai rambut bagi perempuan
apabila selesai Saei dan selesai melontar jamrah Aqabah 10 Zulhijjah yang dipanggil Tahallul Awwal.
Program bercukur yang paling seronok ialah ketika di Mina.
Kami sampai dari Muzdalifah ke Mina sesudah subuh.
Terserempak dengan rombongan Kakitangan Tabung Haji yang sedang mengumpulkan jemaah untuk pergi melontar.
Kami cepat-cepat solat subuh berjemaah di khemah.
Selesai solat kami join mereka untuk pergi melontar di Jamrah Aqabah
Pulang dari melontar kami dengan gembiranya telah selesai mengerjakan sebahagian dari kewajipan haji,
bebas 10 perkara dari 13 perkara larangan Ihram...seronokkk sakan.
Terasa nikmat bebas yang Allah berikan....Itulah hikmahnya larangan Ihram.
Di kemah Mina,
Pak Long dari Hosba, Jitra Kedah, dengan sukarela mencukur kepala jemaah yang memerlukan.
Apa lagi kami pun menghulurkan kepala......
Yang kelakarnya, lupa nak bawa pencukur, tinggal kat hotel.
Pencukur Pak Long pula dah tumpul sebab dah banyak kepala kena tarah...
Tumpul pun tumpullah, janji Pak Long sudi membotakkan kepala untuk dapat sunnnah.
Fuhhhhhh!!! grekkk!!! grekkkk!! grekkk!!!
Pak Long tarah kepala saya....
sakit ? Takkkk  sedapppp
Minta tolong adik belikan pisau cukur....
Pisau cukur di Mina lagi lahhhh tumpulllll...
Selesai bercukur kami belanja Pak Long air teh...nak bagi upah dia tak nak.. 


Pulang ke khemah ada jemaah yang jeles tengok kami dah pakai t-shirt dan seluar.
Kepala pun dah botak....
Mereka dengan semangatnya terus pergi melontar biarpun ketika itu pukul 10.00 pagi
waktu yang tidak digalakkan jemaah haji Malaysia pergi melontar kerana khuatir dengan kesesakan.
Jemaah Malaysia akan melontar pada sebelah malam.
Cikgu Fendy dan PW1 Encik dari Seremban bergegas pergi melontar...
Kembali ke khemah mereka lekas-lekas bercukur kepala seperti di bawah...


Amacam..?
Seronok tak Cikgu? Rambut dah tumbuh ke ?
Kenang kami dalam doa Cikgu sekeluarga....

No comments:

Post a Comment