Tetamu 2 Tanah Haram

Perasaan rindu ini hasil dari doa Nabi Ibrahim a.s. ketika meninggalkan Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. atas perintah Allah,
"Wahai Tuhanku, aku tinggalkan zuriatku di lembah yang gersang di sisi rumahMu (Baitikal Haram) untuk didirikan solat di atasnya. Oleh itu Ya Allah, jadikanlah hati manusia rindu kepadanya, moga-moga mereka selalu kembali kepadanya (Mekah)." ......Dan itulah aku yang Menggamit Rindu Haramain....

TV AL HIJRAH - LABBAIKALLAH 17 SEPTEMBER 2015 / 3 ZULHIJJAH 1436 HIJRAH https://www.youtube.com/watch?v=w7GjzeKhECs


Sunday, 21 September 2014

Keperluan Semasa Musim Haji dan Wukuf (WANITA)

Kredit : http://nooraishahzaharin.blogspot.com/search/label/Hajj

Keperluan Semasa Musim Haji dan Wukuf


Dah lama saya nak tulis entry ni, tapi tidak berkesempatan. Rasanya macam pernah tulis sebelum nih, tapi tak pasti.

Musim haji dah nak mula. Insya Allah, next 1.5 to 2 weeks akan mula penerbangan ke tanah suci Madinah.

Saya yakin, sebagai bakal jemaah haji, pasti ilmu fiqah telah pun didalami sebaiknya melalui siri-siri kursus haji yang diadakan. Saya dulu, tak sempat nak pergi kursus bersiri, hanya dapat hadir crash course saje - Kursus Haji TH & Kursus Haji Perdana di Putrajaya.

Yang hendak saya kongsikan kali ini, adalah lebih kepada persediaan barang-barang yang diperlukan oleh para jemaah, khususnya kaum Muslimat, untuk membolehkan ibadah haji dilaksanakan seselesa mungkin. Insya Allah. Semoga dengan persiapan yang rapi akan membuahkan minda yang tenang, dan mampu membantu jemaah lebih fokus menunaikan ibadah. amin!

Here goes the list:-

1. Solat
Telekung
Buku doa
Hajj reference book
Note book + stationaries
Prayer mat (thick ones for madinah, nipis for mekah, sebab kat Madinah aircond sejukkk!)
Small tafsir (senang nak baca tho takde wudhu')

2. Clothing
Jubah (mungkin 2 helai cukup, sebab nanti masa kat madinah dan mekah, sure terbeli punyalah sebab cantik2!)
Inner
Pants
Hijab (basic colour is enough, dan pilih dari kain yang selesa dan sempurna penutupan aurat)
Night wear
Towel
Baju sejuk
Socks
Stokin wudhu' (very useful especially masa kat masjid. I advise beli masa kursus hj perdana. Kinda hard nak jumpa)
Sarung tangan
Sandal
Shoes
Uncang kasut (kalau takde, guna plastik kedai mamak pun boleh.. :))
Anak tudung
Face/small towel

3. Toiletries
Sabun
Shampoo
Cleanser
Toothbrush
Toothpaste
Sabun ihram
Moisturizer/sunblock (I advise cari kat Madinah/Mekah. Better SPF protection compared to Msia)
Lip balm
Powder

4. Accessories
Bag telekung (I bought dari Munawwarah. sangat praktikal sebab water proof. tatau ada lagi dak)
Small gunting (untuk tahalul)
Nail clipper
Face mask (untuk digunakan semasa luar ihram. mekah khususnya agak berdebu sebab banyak construction)
Buku kesihatan TH
Gelang TH
Selipar toilet

5. Wukuf
Plastik sampah yang besar (to bungkus your bag just in case it rains masa wukuf. Drainage system kat Mina & Arafah takde, takut banjir. It happened before. During my time, hujan kat Mina. At least baju tak basah)
Plastik kuih (usage : isi 7 + 1 batu untuk setiap jamrah yang hendak dilontar. So u'll have 7 plastic bags 2+2+3. to avoid masalah was-was)
Tikar (masa nak bertolak biasanya dapat dr sponsors)
Bantal kecik (to help you to get the necessary rest masa wukuf, which is important)
Payung
Extension wire (to charge phone)
Torchlight (untuk cari batu di muzdalifah)
Clothing - minimal (tak sempat mandi pun!)
Kain batik (to help you changing cloth dalam khemah)
Spray bottle (to renew wudhu' without going to the loo)
List of all important nos.
Unscented wet tissues (I beli kat Mekah. Mandi cara dryclean. ;))
Makanan kering (serunding, maggi cup, etc) sebab makanan masa wukuf agak mencabar. make sure u eat dalam kuantiti yang ngam-ngam, which means, not too much sebab kalau banyak frequent pulak ke toilet, jangan sikit sangat, kang tak larat nak beribadah, sebab ibadah haji ni ibadah yang banyak menggunakan fizikal

6. Medicines
Ubat demam
Ubat selsema
Ubat batuk (this one, i recommend beli saje di mekah/madinah. cari yang ada ivy leaves extract. biasanya ubat batuk Msia kurang mujarab)
Minyak angin
Vicks
MInyak urut (mungkin banyak digunakan masa hari melontar, sebab jauh berjalan)
Supplements i.e. vitamin C, Calcium, dll

7. etc
spec extra (very important especially kalau rabun teruk macam i)
fork and spoon
pisau buah
tali (to hang your cloth)
hanger
cutleries
mug
berus baju
face mask
kettle kecik (boleh beli kat sana, so senang nak layan perut kalau lapar tgh malam)
coffee/tea, 3 in 1 supplies (seadanya)
maggi (bila timbul keadaan kurang selera makan)

Harapnya list ni dapat membantu la para jemaah, khususnya Jemaah Muslimat untuk menyiapkan diri ke tanah suci. Semoga kalian kembali dengan haji yang mabrur!!


TIPS JEMAAH HAJI WANITA

Diambil dari :  http://nooraishahzaharin.blogspot.com/2011/09/tips-haji.html

Syawal dah menghampiri penghujung, bermakna, musim haji sudah kian dekat.

Insya Allah, dengar khabar KT 1 akan mula berlepas 29 september ini. Subhanallah, dah setahun dah rupanya saya kembali dari tanah suci. Rasa seolah-olah macam baru semalam saya sampai KLIA dari Jeddah.

Kalaulah ada bakal hujjaj yang membaca blog ini, saya harap tips ini sedikit sebanyak membantu. saya bukanlah seorang Mutawif, tetapi saya ingin sekadar berkongsi pengalaman di ketika menunaikan haji pada tahun lalu. Moga-moga ada yang dapat mendapat manfaat dari entry ini.

Madinah
1. Bagi yang akan mendarat di Madinah pada waktu Subuh (maknanya bertolak dari KL malam), berwudhu'lah sebelum mendarat. Airport di Madinah tak macam Malaysia yang ada surau/tempat khusus untuk solat. solat adalah di mana-mana sahaja yang boleh dibentang tikar dan sejadah. bukan tak boleh ambil wudhu' di airport, tetapi, dekat airport toilet adalah sangat terhad untuk menampung jumlah jemaah. memandangkan waktu Subuh adalah pendek, adalah lebih mudah jika kita dah wudhu' siap-siap dan terus tunaikan solat Subuh apabila mendarat di airport.

2. Bawa sedikit bekalan makanan (roti/biskut) & minuman untuk alas perut, sebab proses imigresen mungkin mengambil masa yang sangat lama. Pengalaman saya, kami stuck di imigresen kaunter almost 4 hours!so kena banyak istighfar dan bersabar!

3. Pergerakan Muslimah untuk masuk ke dalam masjid Nabawi adalah agak mencabar kerana ruang yang terhad. untuk memastikan kita dapat solat di dalam masjid, datanglah sejam lebih awal dari masuk waktu solat.

4. Di dalam masjid, seringkali ruangan di bahagian saf yang paling hadapan adalah kosong sebab kawasan ini tidak berkarpet. untuk keselesaan, memandangkan kaum muslimat akan menunggu lama di dalam masjid untuk solat jemaah, bawalah sejadah yang sedikit tebal. dikongsikan pengalaman, lantai masjid di bahagian dalam adalah sejuk sebab (i think la) bawah lantai ada aircond ducts. so, kalau pakai sejadah nipis, sejuk dan boleh buat sakit pinggang.

5. Toilets Muslimah ada banyak kat masjid, tapi semuanya dekat luar. so, untuk memudahkan, bawak 1 botol water spray yang berisi air mutlak, bagi memudahkan kita 'renew' wudhu'. pastikan air yang kita spray ke anggota wajib wudhu' tuh mengalir.

6. waktu masuk ke Raudhah bagi kaum Muslimat ada 3. satu lepas Subuh, lepas Zohor dan lepas Isyak. kemasukan Muslimat ke dalam Raudhah biasanya diatur oleh 'polis' Muslimat mengikut region, i.e. Asia, China, etc. ambillah peluang untuk solat sunat hajat & mutlak sementara tunggu turn nak masuk ke dalam Raudhah. Banyakkan berdoa, mohon agar diizinkan Allah mengecapi nikmat Solat di dalam kawasan Raudhah, yang terlalu indah dan sukar digambar dengan perkataan.

7. Apabila sampai turn untuk masuk ke dalam Raudhah, masuklah dengan tenang, dan carilah ruang yang terbaik untuk solat (di saf paling hadapan). tips berdoa di Raudhah - doa dalam keadaan sujud, sebab kalau guards nampak kita doa sambil tadah tangan (which means sudah selesai solat), kita akan diarah keluar dari Raudhah untuk beri laluan kepada orang belakang pula solat di spot kita tadi. so, lepas bagi salam, cepat-cepat sujud semula dan doalah dengan sepenuh hati.

8. Di madinah, ada satu pasar tamar. kebiasaannya, jemaah akan beli tamar di Madinah dan terus poskan ke Malaysia. akan sampai just nice by the time kita balik malaysia. kalau boleh, souveniers yang dibeli di madinah, poslah siap-siap ke KL so that kita tak payah nak pikir cemana nak angkut pulak all souveniers ke Mekah.

9. Bagi yang berhajat untuk mewakafkan AlQuran di Masjid Nabawi, Masjid Nabawi nih ada standard khusus jenis Quran untuk diwakafkan. kalau tak sama piawai, Quran itu akan diambil dan diedarkan ke masjid yang lain. so dapatkan Quran dari kedai-kedai buku/kilang AlQuran. kalau nak sure, tengok dulu Quran di dalam masjid sebelum beli. harga Quran (saiz standard) adalah lebih kurang 45 Riyal (dekat kedai), kat kilang dapat dalam lebih kurang 30 riyal.

10. Jemaah Muslimat adalah dilarang untuk bawa handphone berkamera ke dalam masjid. kalau ada yang bawa, jemaah akan diminta untuk tinggalkan handphone kat guard points and claim bila nak keluar dari masjid.

Perjalanan dari Madinah ke Mekah

1. bawa sedikit makanan dan minuman buat alas perut. banyakkan berdoa dan solat hajat sebelum bergerak ke Mekah. Berdoa moga perjalanan dipermudahkan dan selamat.

2. Tempat miqat di Bir Ali sangat selesa. berdoalah moga segalanya dipermudahkan dan umrah yang akan ditunaikan sempurna dan diterima.

3. sudah mula kena jaga pantang larang ihram sesudah berniat di bir ali. jangan lupa!!

Mekah
1. Setibanya di Mekah setelah perjalanan yang panjang, ambil sedikit masa untuk berehat sebelum menunaikan umrah wajib.

2. Ambil sedikit masa untuk kenalpasti kawasan sekeliling tempat penginapan sebelum menuju ke masjid, sebab ramai jemaah yang sesat bila nak balik hotel. maklumlah, bila pergi masjid, menara masjid jadi panduan, tak perasan kawasan sekeliling.

3. selesaikan tawaf dengan sempurna. pastikan aurat dan wudhu' terpelihara. bagi kaum muslimat, adalah baik sediakan satu stokin khusus untuk solat/tawaf sebab takut stokin yang dipakai dalam perjalanan pergi balik masjid tercemar dengan najis.

4. dalam keadaan tidak berihram, pakailah face mask. sebab keadaan di sekeliling kota mekah agak berdebu sebab banyka construction.

5. banyakkan minum air masak, sebab cuaca agak kering. cara saya, minum banyak khususnya selepas solat isyak, so kurang sikit masalah kerap kencing nak ke toilet.

6. keadaan di bukit safa agak sesak untuk saie, mungkin sebab itu adalah permulaan tempat saie, so ramai yang ambil sedikit masa untuk niat dan berdoa. saie di tingkat atas adalah lebih lepang berbanding dengan ground floor.

7. take real good care of your health sebelum waktu wukuf. sebab itu adalah kita punya target. perbanyakkan doa kepadaNya agar segalanya dipermudahkan.

8. Kalau ada beli souvenier dari Mekah, post siap-siap ke malaysia sebelum balik, sebab banyak kes badan dah smpai malaysia, luggage belum sampai lagi. so sian sanak sedara dan kaum keluarga yang datang ziarah nak rasa buah tamar.

Minggu Haji - Wukuf, Muzdalifah dan Mina
1. Kesabaran adalah segala-galanya di sini. Toilet dan bilik air adalah 'luxury'. so, don't take too long dekat toilet sebab queue adalah teramat panjang. There's no such thing as mandi bersabun, rambut bersyampu. bila kita ada di dalam toilet, fikir-fikirlah orang di luar yang menunggu. semuanya mahu menggunakan bilik air untuk emnyucikan diri untuk beribadah kepadaNya. unless very necessary like mandi wajib khususnya wanita, lupakanlah seketika keperluan mandi. fokus kita pada masa ini adalah IBADAH.

2. to be frank, jangan tunggu sampai nak rasa nak 'terkucil' baru nak gi toilet, alamatnya melompat-lompat la depan jamban tahan kencing. 1 hour before masuk waktu, geraklah gi toilet untuk sucikan diri dan ambil wudhu' & tunggu masuk waktu solat.

3. makanan semasa berada di Arafah dan Mina diuruskan oleh kerajaan arab saudi, so the food tu mungkin agak sukar diterima oleh tekak kita. kalau ada bekalan lauk-lauk kering i.e. serunding or maggi, bawaklah sikit untuk lapik perut.

4. nasihat ustaz semasa di Mina & Arafah, jangan tak makan, tapi jangan lah makan terlalu banyak. nih semua tips-tips untuk elak kes-kes cirit birit.

5. bawaklah satu bantal kecik (saiz bantal yang macam untuk baby baru lahir tuh) untuk buat lapik kepala masa tidur di Mina khususnya. sedikit sebanyak boleh bantu untuk kita dapat rehat yang berkualiti so that kita dapat banyak melakukan ibadah.

6. ramai orang demam lepas wukuf. ada ustaz kasi tips, dia kata, makanlah antibiotik sebaik saje mula hari wukuf and habiskan course setelah selesai melontar semua jamrah. insya Allah, ok. (tapi saya bukan medical doctor ye... nih sekadar share tips ustaz, sebab saya demam seminggu tak bangun-bangun lepas selsai tawaf dan saie haji sebab minum ais secawan)

7. kalau rasa nak mandi sangat-sangat sebab dah tak tahan berlengas, try cari masa awal pagi, i.e. 2-3 pagi. time tuh toilet 'lega' sikit.

8. kalau boleh dan tidak perlu, elakkanlah kerja-kerja 'mendobi' semasa di Mina. pengalaman saya, ada jugak jemaah siap basuh telekung masa kat Mina. disposable panties will be very handy at this moment.

9. bawaklah barang seadanya ke Arafah dan Mina. janganlah semua benda nak diangkut sebab ruang khemah khususnya di Mina adalah sangat-sangat terhad. bawaklah quran/tafsir kecik so that kita boleh continue mengaji di arafah dan Mina.

10. sebaik masuk waktu asar semasa hari wukuf perbanyakkanlah zikir dan doa, kerana pada waktu itu, Allah akan turun ke lapisan langit paling bawah untuk melihat hambaNya yang berkumpul di padang Arafah. berdoalah dengan bersungguh-sungguh, alirkanlah air mata keinsafan. carilah peluang untuk berdoa dengan pasangan masing-masing. sesungguhnya ketenangan pada masa itu terlalu sukar hendak saya gambarkan. di akhir entry ini ada saya sertakan link untuk doa munajat di arafah yang saya gunakan sebagai panduan.

Souvenier dari Tanah Suci Mekah dan Madinah
Kita pergi tanah suci, memang niat kita untuk beribadat. tapi sedikit sebanyak mesti terbeli gak barang-barang untuk keluarga di malaysia sekiranya mampu.

antara souvenier yang saya rasa betul-betul origin dari Mekah/Madinah:-
1. buah tamar
2. air zamzam (TH biasanya bagi 5liter free kepada jemaah, tapi eloklah beli lebih. harga lebih kurang 110riyal untuk 10 liter and boleh courier ke malaysia)
3. Balm habatussaudahttp://www.blogger.com/img/blank.gif

ini la sedikit sebanyak tips yang dapat saya share hari nih. nanti kalau ada lagi, saya tulis Tips Haji siri 2.

Kepada bakal hujjaj, semoga kembali dengan haji yang mabrur! Labbaikallahummalbayk!

ps - saya pernah share panduan doa di Arafah di sini. sila klik ---->doa munajat di arafah




Arab Saudi bimbang peningkatan jemaah haji hadapi masalah kesihatan

Arab Saudi bimbang peningkatan jemaah haji hadapi masalah kesihatan

22 September 2014

Timbalan Menteri Kesihatan (Pencegahan) Abdallah Al-Asiri menggesa para ulama di negara lain memberi penekanan kepada hakikat kemampuan fizikal adalah syarat penting bagi menunaikan haji.

Kerajaan Arab Saudi melahirkan kebimbangan mengenai peningkatan jumlah jemaah haji yang menghadapi masalah kesihatan kronik atau serius kerana ini boleh memudaratkan kesihatan jemaah lain. Keadaan ini juga memberi masalah tambahan kepada kemudahan kesihatan di Tanah Suci, menurut Arab News dalam portal beritanya www.arabnews.com pada Ahad. Timbalan Menteri Kesihatan (Pencegahan) Abdallah Al-Asiri, dipetik sebagai berkata oleh portal berita itu bahawa walaupun menunaikan haji wajib bagi umat Islam jika mereka mempunyai kemampuan dari segi fizikal dan kewangan, kebanyakan jemaah tidak mengambil perhatian terhadap perkara tersebut.

Beliau berkata kebanyakan orang Islam di seluruh dunia percaya meninggal dunia semasa menunaikan haji atau berada di Tanah Suci akan mendapat ganjaran masuk syurga dan ini menyebabkan ramai jemaah haji menyembunyikan masalah kesihatan mereka semasa menunaikan haji. Beliau menggesa para ulama di negara lain memberi penekanan kepada hakikat kemampuan fizikal adalah syarat penting bagi menunaikan haji. – Bernama, 22 September, 2014. -

See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/arab-saudi-bimbang-peningkatan-jemaah-haji-hadapi-masalah-kesihatan#sthash.jfD0re3p.dpuf

Di ambil dari : http://pengalamanhajisaya.blogspot.com/2011/06/cetusan-rasa.html#

Bila ada niat menunaikan haji,macamana nak jadikan ia realiti?

 
Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakaatuh kepada pelawat blog sekalian.

Cetusan ilham untuk menghasilkan blog ini bertitiktolak dari pengalaman yang saya lalui tatkala membuat persiapan untuk mengerjakan haji pada 1431H/2010M yang lalu. Bagimanapun semua info di bawah sentiasa dikemaskini mengikut tahun semasa setakat termampu.

Ramai yang di luar sana masih tertanya-tanya jika seseorang itu terdetik di hatinya ingin menunaikan haji, apakah langkah pertama yang harus diambil untuk menjadikan ia satu realiti. Bagi kita orang Malaysia dan tinggal di Malaysia,langkah yang perlu diambil ialah:

1. Pergi ke pejabat Tabung Haji(TH) atau mana-mana kaunter bank yang menyediakan perkhidmatan urusan TH untuk membuka akaun simpanan TH kerana setiap warganegara Malaysia hanya boleh mengerjakan haji melalui proses yang ditetapkan oleh TH. (Membuka akaun bukan bermakna anda sudah berdaftar untuk menunaikan haji, akaun simpanan ini adalah untuk sekadar menyimpan duit di TH. Status anda sekarang ialah sebagai penyimpan di TH, anda belum berdaftar untuk menunaikan haji.

2. Apabila sudah buka akaun simpanan di TH, anda boleh mula menyimpan duit anda untuk sebarang tujuan simpanan. Bila simpanan di dalam akaun itu telah mencapai minimum RM1300(angka ini masih relevan setakat artikel ini ditulis) atau lebih maka barulah anda boleh mendaftarkan diri bagi tujuan menunaikan haji.(Inilah sebenarnya langkah mendaftarkan diri menunaikan haji). Setelah selesai langkah ini, pegawai yang berurusan dengan anda akan memberikan sehelai slip/kertas yang mencatatkan tahun yang anda bakal menerima surat tawaran mengerjakan haji(mungkin 20 - 30 tahun akan datang).Maka sekarang status anda ialah sudah berdaftar untuk menunaikan haji.

3. Langkah seterusnya ialah teruskan menabung dengan TH dan berdoalah agar anda di rezekikan oleh Allah untuk dipanggil menunaikan haji bila simpanan anda telah mencukupi jumlah yang ditetapkan.Ada kemungkinan giliran anda dipercepatkan kerana orang-orang yang telah menerima surat tawaran menolaknya kerana mungkin kewangan belum mencukupi atau telah meninggal dunia atau ada kesulitan lain yang menghalang mereka pergi.

4. Hadirkanlah diri pada kursus-kursus haji(*1) yang diadakan oleh TH di masjid-masjid sekitar tempat anda atau yang dianjurkan oleh syarikat 'travel agent' yang dilantik sebagai PJH(*2) dengan kerjasama TH(jika rajin bertanya...ada kursus haji yang dianjurkan PJH secara percuma). Banyak maklumat yang akan anda dapat dan tidak ada salahnya jika anda banyak kali mengikuti kursus-kursus ini dengan niat menambah ilmu dan moga-moga giliran anda dipercepatkan berkat usaha anda yang bersungguh-sungguh.

(*1)untuk mencari kursus haji anjuran TH disekitar anda tahun semasa(2014) sila klik http://www.tabunghaji.gov.my/web/guest/soalan-4

(*2)untuk melihat senarai PJH swasta berdaftar untuk tahun semasa (2014) yang dilantik secara sah  oleh TH sila klik http://www.tabunghaji.gov.my/documents/10180/1702875/Senarai+PJH+2014_+1435H.pdf/14f52d11-136c-417d-9fc1-fe36f5e8d7bd

5. Jika ada keperluan untuk anda pergi segera, anda boleh menulis surat rayuan kepada TH dengan cara menyatakan sebab-sebab yang memerlukan anda menunaikan haji pada tahun yang tersebut.Anda boleh semak dengan TH untuk mengetahui tarikh akhir surat rayuan diterima pada setiap tahun.Setelah kes anda dinilai oleh TH dan jika doa serta solat hajat anda diterima Allah, sudah tertulis rezeki anda pada tahun itu maka anda akan menerima surat tawaran menunaikan haji pada tahun itu,mungkin tawaran itu lewat sedikit dari bakal-bakal jemaah yang memang sudah sampai gilirannya.

6. Apa pun yang terjadi sentiasalah berdoa kepada Allah dan yakinlah segalanya terjadi hanya dengan izinNya jua.Yang kita perlu lakukan ialah berusaha....

  1. membuka akaun TH
  2. mendaftarkan diri untuk menunaikan haji (dengan syarat simpanan melebihi rm1300) dan dapatkan slip yang menunjukkan tahun kelayakan anda menunaikan haji
  3. teruskan menabung sehingga cukup atau lebih dari jumlah yang diperlukan untuk tunai haji(ikut tahun semasa)
  4. mengikuti kursus-kursus haji -->*menghantar surat rayuan(jika ada keperluan)
  5. sentiasa berdoa,solat hajat dan tambahkan ilmu dalam ibadat supaya dapat beribadat dengan baik semasa di tanah suci nanti.
**segala informasi di atas adalah mengikut kefahaman saya berpandukan pengalaman yang saya lalui,untuk keterangan lanjut dan terkini sila hubungi pejabat TH yang berdekatan anda atau rujuk laman sesawang http://www.tabunghaji.gov.my atau jika ada kemusykilan atau keraguan yang timbul boleh terus dirujuk kepada TH contact centre(THCC): 03-62071919.

**untuk menyemak info semasa  dari TH berkenaan proses persiapan haji tahun semasa(2014) sila klik di http://www.tabunghaji.gov.my/web/guest/faq-berkaitan-haji-/-umrah;jsessionid=5B57DA6F2A38956FEC87A67C2A476500.


*indeks
  •  TH : Tabung Haji
  •  PJH: Pengelola Jemaah Haji(terdiri dari agensi2 pelancungan swasta yang dilantik oleh TH untuk menguruskan jemaah haji - selain dari jemaah yang diuruskan sendiri oleh TH/mua'ssasah).Pastikan agensi itu termasuk dalam senarai yang dilantik oleh pihak TH mengikut tahun semasa.
  • manasik haji: kerja-kerja haji.               

Pemandangan Kaabah pada musim haji 

Kronologi saat akhir persediaan.

Untuk pengetahuan pembaca juga, saya belum pernah ke tanah suci/umrah sebelum ini. Ketika itu saya mempunyai "zero knowledge" dan tidak dapat membayangkan sedikit pun keadaan dan apa yang bakal dilalui kelak.
Saya sekadar menghadiri kursus haji mingguan yang dianjurkan pada tahun itu dan tidak berpeluang mengikuti 'kursus haji perdana' dan 'kursus haji intensif'(yang diwajibkan kepada mereka yang telah 'confirm' dan terpilih serta telah menjawab surat tawaran menunai haji lebih awal) kerana ketika itu saya hanya menaruh harapan yang menggunung dan hanya mengetahui terpilih sebagai tetamu Allah swt pada dua minggu sebelum tarikh bertolak.
Maka berkejarlah saya ke pejabat-pejabat yang berkenaan untuk urusan selanjutnya yang telah diselesaikan oleh mereka yang terpilih. Berikut adalah kronologi persiapan saya untuk menunaikan haji bersama syarikat PJH swasta yang berdaftar dengan TH.(Keputusan samada pergi bersama mu'asasah/TH atau PJH dibuat oleh mereka yang terpilih awal ketika menjawab surat tawaran dari TH).

Urusan yang dibuat sebaik terpilih di saat akhir - hampir 2 minggu sebelum tarikh berlepas. (Setelah dimaklumkan oleh PJH):
 
1) Pejabat SerahanTH (Ibu pejabat di Menara TH Jln Tun Razak, tingakt 30)
  • maklumkan pegawai dikaunter tentang urusan- 'menjawab surat tawaran'.Mereka memberi satu set borang untuk diisi.(borang ini telah dihantar kepada mereka yang telah terpilih sejak awal tahun lagi).Setelah borang diisi dan ditandatangani, ia diserahkan kembali kepada pegawai bertugas.
  • menyerahkan paspot dan 2 keping gambar(bersaiz visa yang berlatar belakang warna putih) untuk urusan visa haji.
  • memastikan sebelum meninggalkan kaunter,'surat pengesahan terima tawaran' dari pegawai TH terbabit telah diperolehi.
  • mendapatkan buku perubatan untuk urusan suntikan dan 'medical check up' di tingkat bawah - kaunter urusniaga TH(mereka yang telah terpilih awal sudah pun mendapatkan buku ini dan semua suntikan yang diperlukan kerana TH ada mengaturkan tarikh suntikan didapati dari doktor-doktor yang membuka kaunter sementara di pejabat TH pada harga yang dipersetujui)
2) Pejabat Agensi PJH  
  • menyerahkan 'surat pengesahan terima tawaran' dari TH,salinan paspot dan 4 keping gambar(bersaiz visa) 
  • menyelesaikan pembayaran pengurusan haji.(jumlah bayaran semasa ini boleh disemak dengan mana-mana PJH yang diluluskan oleh TH)
3) Klinik(panel yag disahkan oleh TH - senarai klinik ada ditampal di dinding pada pejabat serahan TH)
  • menjalani 'medical check up' dan suntikan yang disarankan.Saya terpaksa pergi pada hari yang lain kerana ubat untuk suntikan telah kehabisan stok.
4) Pejabat TH (cawangan Wilayah di Maju Junction KL)
  • menyerahkan buku perubatan yang telah siap ditandatangani oleh doktor panel TH
  • menerima hadiah-hadiah saguhati rakan-rakan TH yang diedarkan oleh pejabat cawangan TH (seperti beg,selipar tandas,pek toiletteries,buku-buku panduan haji dan doa dll mengikut rezeki dan stok semasa)
PJH juga memberikan beberapa cenderahati seperti beg pakaian,beg telekung,beg sandang,beg kasut(untuk kegunaan disana),buku-buku panduan haji dan doa,set telekung /kain ihram dll mengikut keadaan.
Untuk menyelesaikan semua urusan ini  saya mengambil masa beberapa hari kerana kekangan masa dan keadaan.

Hari-hari yang berbaki digunakan untuk mencari keperluan barang-barang yang perlu dibawa ke sana dan menghadiri dua lagi bengkel dan taklimat haji yang telah diaturkan oleh PJH dengan kerjasama TH.

Urusan seterusnya adalah seperti jemaah lain, tertakluk kepada taklimat dan arahan2 yang dikeluarkan oleh pihak2 yang terbabit dari semasa ke semasa.


Menara Jam dari perkarangan Masjidilharam
Keperluan yang dibawa:

* Tips persediaan
Pada pendapat saya, keperluan yang paling utama ialah ilmu...terutamanya yang selalu terlepas pandang dalam urusan ibadat asas, samada amalan fardhu atau sunat dan juga sunnah kerana tujuan kita  ke sana adalah untuk beribadat dan setiap saat di sana adalah saat untuk beribadat sementara menunggu hari2 melakukan manasik haji.Terutamanya pastikan kita mendirikan solat(memahami,menghayati) dengan betul bermula dari wudhu'. Ibadat yang dilakukan dengan ilmu itu lebih tinggi darjat balasan disisi Allah dari ibadat tanpa ilmu yang mantap atau hanya sekadar ikut-ikutan.(hal ini selalu terlepas pandang kerana memikirkan ilmu manasik haji itu yang lebih diberatkan memandangkan ia baru dipelajari dan tujuan utama).
Dari pengalaman saya, memang ilmu tentang manasik haji itu penting tetapi ia telah banyak ditekankan sebelum bertolak dan sentiasa pula diberi tunjuk ajar dan dipimpin oleh petugas-petugas haji yang bersama kita sepanjang manasik haji.

Mengenai barang-barang yang perlu dibawa pula,banyak sumber cadangan yang kadang-kadang bertindih dan tak kurang juga memeningkan.Secara kesimpulannya saya rasakan bahawa senarai barangan yang dicadangkan oleh pihak TH dalam buku 'Panduan Perjalanan Jemaah Haji' adalah paling wajar.Walaubagaimanapun keperluan masing-masing berbeza.

*Tips membawa Pakaian

LELAKI:

Biasanya jemaah lelaki tidak bermasalah dalam menyediakan pakaian yang perlu dibawa,ramai yang hanya membawa keperluan minima seperti baju dan seluar dan selebihnya membeli jubah yang banyak dijual di sana pada harga yang sangat mampu dimiliki.

Satu saja pesanan bagi jemaah lelaki ialah supaya jangan lupa membawa sekurang-kurangnya sehelai kain pelikat yang tidak berjahit untuk kegunaan ke tandas ketika dalam keadaan berihram bagi menjaga kebersihan kain ihram terutama ketika di Arafah dan Mina.

WANITA:

Cuma di sini saya kongsikan tentang keperluan wanita supaya pembaca dapat membuat pilihan bijak.

Pengalaman saya ada rakan-rakan sebilik yang pandai mengurus keperluan dan hanya membawa pakaian yang minimum tetapi mencukupi,ada yang membawa banyak tetapi tidak sesuai maka tidak digunakan dan terpaksa rajin mendobi, tak kurang juga yang hanya membawa sehelai dua baju dan selebihnya dibeli di sana.

Untuk tujuan urus pakaian,boleh sahaja menghantar dobi yang biasanya diambil dan dihantar oleh pengusaha dobi atau jika ingin  mendobi sendiri,eloklah dibawa tali yang kuat untuk dijadikan ampaian.

Tempat untuk dijadikan ampaian pula terpulanglah kepada tempat penginapan yang disediakan...gunakanlah mana-mana bonjol yang boleh diikat untuk jadikan ampaian dan bertolak ansur dengan rakan-rakan sebilik semasa menggunakan ampaian.

Ketika saya di Madinah,bilik air yang besar menjadi kawasan ampaian. Ketika di Mekah pula,bilik air lebih kecil, tetapi nasib kami baik kerana ada ruang kosong dalam kawasan bilik yang boleh dijadikan ruang ampaian. Ada juga rakan-rakan dari bilik lain yang naik ke bumbung hotel untuk menyidai baju...terpulanglah pada kreativiti masing-masing dan tertakluk pada kebenaran pihak hotel.

Penyangkut baju,baldi,berus baju,serbuk pencuci semuanya boleh dibeli di sana,jangan risau kerana kedai-kedai yang menjual perkakasan ini banyak didapati samada dibawah bangunan hotel atau disekitarnya.

Pakaian sehari-hari yang dipakai disana ialah jubah labuh atau jubah separas lutut dan seluar panjang,stokin dan sarung tangan yang dikenakan dengan telekung(tanpa kain).Jenis kain yang sesuai pada musim panas sekarang ialah dari jenis material yang tidak terlalu lembut dan nipis agar TIDAK jarang dan melekit pada tubuh.

Aktiviti seharian:

Disini saya ceritakan aktiviti sehari-hari di Madinah dan Makkah supaya pembaca dapat menilai dan merancang apakah barang-barang yang perlu dibawa bersama.
( ini adalah jadual yang diikuti oleh kebanyakan jemaah )

Semasa di Madinah


Persekitaran Masjid Nabawi(di bawah kubah hijau itu terletak makam nabi saw)

Kebiasaannya jemaah bergerak ke masjid antara 1-2jam sebelum waktu azan solat bagi memastikan mendapat tempat yang selesa didalam masjid terutamanya pada waktu subuh dan maghrib...jika sedikit terlewat,solat di luar masjidlah jawabnya.Selepas solat, pulang ke hotel untuk sarapan.

Selepas itu adalah waktu terluang yang boleh digunakan oleh jemaah untuk urusan peribadi samada mengurus diri di hotel,berehat atau ke pejabat TH untuk urusan pengeluaran duit,berjumpa kaunselor jika ada kemusykilan berkaitan urusan haji,berjumpa doktor di klinik,mendengar tazkirah,mengikuti taklimat,beriktiqaf di masjid atau seterusnya lawatan ziarah yang diatur oleh pihak pengurusan jemaah.

Masa antara waktu solat ini jugalah yang di gunakan oleh jemaah untuk membeli-belah barang-barang keperluan atau cenderahati untuk dibawa pulang memandangkan kedai-kedai berderetan di sepanjang laluan antara masjid ke hotel penginapan.

Untuk semua aktiviti ini pakaian yang dikenakan kebiasaannya adalah sama ketika ke masjid cuma mungkin telekung di gantikan dengan tudung yang labuh melepasi dada.Memandangkan selalunya jemaah berada di Madinah hanya selama lebihkurang 8 hari, jadi jadualnya agak padat dan sentiasa terisi.


Semasa berada di Makkah


Ulang alik dari penginapan ke Masjidilharam

Seperti juga di Madinah, jadual ulang alik ke masjid adalah sama dan mungkin lebih awal ke masjid memandangkan jemaah semakin ramai dan kebiasaannya lokasi hotel lebih jauh sedikit dari ketika di Madinah.

Kebiasaannya jemaah akan tinggal lebih lama di Mekah berbanding  di Madinah, maka jadual tidak terlalu padat dan ada hari-harinya yang tiada aktiviti di atur namun begitu sesi tazkirah sentiasa diatur setiap hari samada waktu selepas solat subuh atau selepas solat isya. Walaupun tidak diwajibkan ke atas jemaah untuk menghadirinya tetapi sangat baik untuk dimanfaatkan.Terpulanglah pada jemaah bagaimana untuk menyusun atur waktu mereka semasa di sana.

Ketika di Makkah juga ada di atur oleh pihak pengurusan haji yang terbabit acara lawatan ziarah ke tempat-tempat sejarah dan trip untuk ke miqat bagi berniat umrah iaitu di luar dari tanah haram Makkah pada jemaah-jemaah yang hendak menunaikan umrah.


Salah satu dari miqat umrah-(Masjid Aisyah di Tanai'm) ..set kain ihram untuk lelaki juga ada dijual di sini.
Namun seperti biasa pakaian yang dikenakan adalah sama seperti sebelumnya.Cuma satu yang saya perhatikan, rata-rata jemaah wanita mengenakan jubah dan pakaian serba putih ketika bergerak menuju wukuf di Arafah.

Ketika di Arafah, Muzdalifah dan Mina

Kami diarahkan membawa hanya 1 beg galas(backpack) sahaja dengan bekalan pakaian yang sangat 'limited'.Bertolak untuk wuquf di Arafah pada 8hb Zulhijjah dan berada di sana sehingga selepas terbenam matahari 9hb Zulhijjah.

Pergerakan di Arafah adalah sangat minima hanya sekitar khemah dan tandas.

Kemudian mula bergerak menuju ke Muzdalifah untuk bermabit dan seterusnya bergerak ke Mina dan tinggal di sana sehingga selesai urusan melontar menurut manasik haji.

Semasa di Mina pula pergerakan juga agak minima sekitar kawasan khemah. Namun pergerakan yang penting ialah berulang-alik untuk melontar di kawasan Jamrah.

*TIPS KETIKA DI ARAFAH,MUZDALIFAH DAN MINA:

Satu sahaja yang dapat saya fikirkan, iaitu bertenang, bertenang dan bertenang. Jika tidak sempat menukar pakaian,tidak sempat mandi,tidak sempat membasuh baju,tidak sempat mengurus diri kerana jemaah yang ramai dan tandas yang terhad...bertenanglah. Sememangnya waktu itu keadaan jemaah dalam keadaan kusut masai dan tidak selesa kerana sepanjang masa disana kita sedang beribadah dan itulah keutamaan.Jangan berhenti zikrullah,jika penat berehatlah,baring atau lena sekejap untuk mengumpul tenaga.

Lain-lain hal berkaitan kesihatan:

Kata orang jika sepanjang berada di Madinah/Makkah tidak mendapat selsema,demam atau batuk adalah satu hal yang sangat ganjil, terutama di Makkah.

Untuk ini sediakan ubatan sebaiknya.

Bagi mengatasi kulit/bibir yang kering pula sediakan losyen yang bersesuaian.

*TIPS KESIHATAN:

AIR ZAM-ZAM:
Untuk menjaga kesihatan, sentiasa meminum air zam-zam yang disediakan dalam Masjidilharam dan di hotel, CUMA bagi mengelakkan batuk, amalkan memilih air zam-zam biasa dari tong yang tidak bertanda 'COLD' kerana kebanyakan air zam-zam yang disediakan adalah yang disejukkan.

BATUK:
Satu langkah tambahan untuk kurangkan batuk ialah memakai penutup hidung/mask atau 'niqab'(yang boleh di beli dikedai menjual pakaian) bagi wanita, bagi mengelakkan debu dan dan paling penting virus di udara yang sangat sinonim disana kerana rakyat dari serata dunia yang datang dengan pelbagai latarbelakang kesihatan berkumpul di sana.

DEMAM:
Selain dari itu untuk mengelakkan demam, kami juga dinasihatkan untuk kurangkan mandi walaupun cuaca di sana panas.Jika mengamalkan mandi seperti kebiasaannya kita di Malaysia, kemungkinan untuk mendapat demam adalah tinggi.

BIBIR KERING/PECAH:
Satu tips yang berkesan untuk masalah kering bibir ialah sapukan butter yang boleh dibeli di kedai runcit di sana atau gunakan butter yang disediakan ketika waktu bersarapan(biasanya disajikan roti dan butter di samping juadah lain).Bahan ini lebih murah berbanding ubatan lain dan boleh berkongsi dengan rakan-rakan sebilik.

PANAS BADAN:
Amalkan juga meminum 'laban' -susu masam/yogurt arab(cuma perlu diingatkan...ada yang tidak 'tahan angin' bila meminum laban dan ini menyukarkan mereka untuk menyimpan wudhu yang lama ketika dimasjid...terpulang pada diri masing-masing) selain air zam-zam kerana itu amalan orang arab untuk menyejukkan badan dan tekak.

Ada rakan yang kulitnya tidak tahan dengan cuaca dan mengalami kulit kering yang terlampau. Mula-mula kulit kering dan gatal, jika digaru dan tidak dirawat bertukar menjadi luka dan pedih hingga meninggalkan parut. Elakkan dari awal...sediakan krim berubat yang sesuai dengan kulit masing-masing.

Semua tips-tips ini adalah nasihat yang diberikan oleh doktor kepada saya sewaktu saya mendapatkan  rawatan kerana mengalami tanda2 sakit tekak semasa di Madinah.

*Tips membeli-belah di Mekah dan Madinah:

Membeli-belah juga adalah ibadah(mengikut niat), dimulai dengan doa masuk kawasan pasar.

KURMA:
Pada pendapat saya dan rakan-rakan jemaah yang ditemui, membeli kurma di 'pasar kurma di Madinah' adalah yang paling "good value for money" berbanding membeli kurma di ladang kurma ketika di Madinah atau pasar di Mekah.

PAKAIAN DAN LAIN-LAIN CENDERAHATI:
Sama saja antara Mekah dan Madinah, terpulang kepada setakat mana jemaah sanggup jelajah kedai dan pasar untuk mendapatkan sesuatu barang dan kebijaksanaan memenangi hati penjual untuk menawar harga.Semua penjual pandai berbahasa  Melayu asas.Masa jemaah lebih lama di Mekah berbanding di Madinah samada ketika melakukan umrah atau haji, jadi mungkin peluang untuk menjenguk ke kedai-kedai di Mekah lebih tinggi.Terpulang.

PENGHANTARAN BARANG PULANG:
Tidak menjadi masalah kerana biasanya syarikat pengendali haji atau umrah sudah mengusahakan penghantaran barang-barang yang dibeli oleh jemaah untuk dibawa pulang dengan syarikat kurier Malaysia yang membuka pejabat di sana.Hanya sediakan bayarannya sahaja yang harganya standard.

*TIPS-TIPS DI ATAS JUGA BOLEH DIGUNAPAKAI UNTUK JEMAAH UMRAH DI MANA YANG BERSESUAIAN.

Kebiasaannya semua jemaah telah bersedia tambahan pula dengan gandingan TH dan pihak pengurusan haji yang dilantik sangat banyak ilmu yang di sampaikan. Apa yang pasti jika segala saranan,arahan dan nasihat di ikuti dan sentiasa mengambil berat tentang kesihatan, insyaAllah semoga segalanya di permudahkan dan didoakan para jemaah akan mendapat haji yang mabrur.

Sentiasalah berlapang dada dan dapatkan nasihat ustaz-ustaz yang sentiasa bersedia untuk membantu  segala keraguan dalam urusan ibadah harian dan manasik haji.Berdoalah selalu agar jemaah sentiasa dilindungi dari segala kepayahan serta redha dan bersyukurlah dengan apa saja yang ditaqdirkan, akhirnya  semoga perjalanan,ilmu dan pengalaman ini membawa kita lebih hampir kepadaNYA.

Ingatlah jemaah haji adalah 'dhuyuf arRahman'(tetamu ALLAH) maka bergantunglah dengan ALLAH sentiasa,banyakkan berdoa dan kepadaNYA lah kita berserah diri.

Wassalam.



Taman Bani Sa'adah/Taman Nabi, di pinggiran pagar Masjid Nabawi(jarang dibuka untuk umum..rezqi kami hari tu)...satu pengalaman yang sangat syahdu!!!(diceritakan bahawa Nabi saw menjadikan taman ini sebagai tempat baginda menenangkan fikiran sambil dihiburkan kicauan burung dan hembusan bayu nan nyaman)

Friday, 19 September 2014

Tips Ittikaf di Masjidil Haram

Berikut ini beberapa tips bagi jamaah yang ingin beriktikaf,  agar lebih nyaman dan aman :
Pertama, pastikan kondisi kesehatan fisik jamaah berada dalam keadaan prima.
Bagi jamaah yang kurang sehat atau memiliki daya tahan fisik lemah, disarankan tidak menginap di Masjidil Haram.
Lagipula, menginap di Masjidil Haram seyogianya bukanlah untuk tidur, tapi lebih sibuk dengan ibadah. Sehingga, jamaah akan kurang tidur.
Ditambah lagi, suara jamaah yang sedang tawaf dan deru mesin dari alat-alat berat yang tengah merenovasi Masjidil Haram membuat jamaah akan kesulitan untuk terlelap. Padahal, Jamaah yang kurang sehat dianjurkan untuk banyak istirahat dan tidak kelelahan.
Selanjutnya, ketika beriktikaf sebaiknya tidak pergi sendirian. Pergilah dengan ketua regu atau ketua rombongan. Atau, dengan mereka yang masih muda dan bisa mengawasi jamaah sehingga bisa saling menjaga.
Selain itu, sebaiknya jamaah beriktikaf di lantai bawah tanah Masjidil Haram karena relatif lebih hangat dibanding lokasi yang lain.
Namun, bila jamaah ingin beriktikaf sambil memandangi Ka’bah, jamaah bisa memilih untuk tidur di pelataran tempat berwudhu karena hawanya yang hangat dibanding di udara terbuka. Jangan khawatir, tempat wudhu di masjid besar ini sangat bersih dan nyaman.
Sebelum renovasi, biasanya jamaah yang beriktikaf terkonsentrasi di lantai dua dan tiga masjid. Karpet Masjidil Haram yang tebal membuat jamaah lebih nyaman untuk tidur dan aman dari hawa dingin marmer. Selain itu, air zamzam untuk minum selalu tersedia di beberapa sudut masjid.
Carilah tempat yang tidak terlalu jauh dari kamar mandi, sehingga lebih mudah kalau ada keperluan ke kamar mandi.
Jamaah tidak perlu menunggu atau mengantre lama. Selanjutnya, alaslah tempat untuk tidur dengan sajadah dan serban agar hawa dingin lantai marmer tidak langsung merasuk ke tubuh.
Bawalah barang bawaan secukupnya dalam satu tas berukuran sedang. Membawa barang bawaan dalam jumlah banyak selain tidak efektif, juga dapat memancing perhatian orang lain atau orang jahat.
Makanan dan minuman cukup mudah diperoleh di luar Masjidil Haram. Hanya untuk makan pagi, pastikan tidak terlambat atau kesiangan.
Terkadang, persediaan makanan pagi yang dijajakan cepat sekali habis karena diserbu jamaah yang kelaparan setelah shalat Subuh.
Pedagang kaki lima di luar Masjidil Haram juga berasal dari Indonesia. Kebanyakan mereka menyediakan nasi bungkus, mulai dari nasi rames sampai nasi goreng.
Air zam zam disediakan dalam termos-termos besar dengan gelas plastik yang sekali pakai di dalam masjid. Namun, sebaiknya bawalah tempat minum sendiri agar tidak bolak balik mengambil air zamzam.
Hal terakhir yang perlu diingat adalah perubahan udara Makkah tergolong ekstrem. Cuaca siang dan malam hari terkadang berbeda jauh. Sebaiknya, siapkanlah baju hangat. Untuk mengantisipasi pulang di malam hari.

Diambil dari : http://hajimabrurbarokah.com/tips-ittikaf-di-masjidil-haram/

4 Tingkatan Martabat Ibadah Haji

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Arafah.
Setiap Jemaah haji yang mengunjungi Baitullahil Haram pasti mengingini dan mengidamkan pencapaian ke tahap Haji Mabrur iaitu haji yang diterima oleh Allah سبحانه وتعالى dan balasannya yang luarbiasa iaitu Syurga, Tetapi tahukah antum bahawa terdapat tiga lagi Tingkatan Ibadah Haji?
 
Firman Allah SWT:
الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُومَاتٌ ۚ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي الْحَجِّ ۗ
“Masa untuk mengerjakan Ibadah Haji itu ialah beberapa bulan termaklum, oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya dengan niat mengerjakan Ibadah Haji itu, maka tidak boleh mencampuri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan Haji.”(Surah Al-Baqarah Ayat 197)
.
Hampir sama seperti ibadah solat dan puasa, ibadah Haji mempunyai empat peringkat yang berbeza :-
.
1.      Haji Mardud
 
Haji Mardud ialah haji yang tidak diterima oleh Allah سبحانه وتعالى lantaran kerana kekurangan syarat-syarat dan rukunnya atau sebab-sebab yang lain yang menyebabkan hajinya tidak diterima atau ditolak oleh Allah سبحانه وتعالى.
.
2.      Haji Maqbul
 
Haji Maqbul ialah haji yang sah dan diterima oleh Allah سبحانه وتعالى dan orang yang mengerjakan Haji Maqbul ini dianggap sebagai telah menunaikan perintah Allah سبحانه وتعالى dan telah menyempurnakan rukun Islam yang ke lima tanpa diberi ganjaran pahala.
.
3.      Haji Makhsus
 
Ibadah haji yang dilakukan oleh orang-orang yang tertentu yang sempurna segala syarat dan rukunnya, ia bukan sahaja sekadar dianggap sah dan diterima oleh Allah tetapi diampunkan segala dosanya.
 
Haji ini termasuk ke dalam apa yang disabdakan oleh Rasulullah ﷺ:
“Sesiapa yang menunaikan ibadah Haji, tidak ia melakukan keburukan dan kekejian, maka kembalilah ia seperti hari yang dilahirkan oleh ibunya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Ibnu Majah, An-Nasai dan Ahmad daripada Abu Hurairah)
.
4.      Haji Mabrur
 
Haji Mabrur adalah tingkatan haji yang paling tinggi dan istimewa, tidak semua boleh mendapatkannya. Haji Mabrur bukan sahaja sekadar dianggap menunaikan kewajipan, tetapi selain dari diampunkan segala dosanya, ia juga akan dimasukkan ke dalam syurga.
 
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda:
والْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ.
“Haji Mabrur” itu tiada balasan (ganjarannya), melainkan syurga.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
.
.
Dimanakah kedudukan kita di antara 4 kategori ibadah Haji di atas? Alangkah bertuah dan bersyukurnya kita jika dapat meraih tahap Haji Mabrur kerana janji Allah سبحانه وتعالى itu pasti.
 
Dalam sebuah hadis qudsi Rasulullah ﷺ bersabda:
قَالَ اللَّه: أَعْدَدْتُ لِعِبَادِى الصَّالِحِينَ مَا لاَ عَيْنَ رَأَتْ ، وَلاَ أُذُنَ سَمِعَتْ ، وَلاَ خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ.
“Allah سبحانه وتعالى berfirman: “Telah Daku siapkan untuk hamba-hambaKu yang soleh kenikmatan yang tidak pernah dilihat mata, tidak pernah didengar telinga, dan tidak pernah terdetik di hati manusia.” 
 (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمْ
.

Wednesday, 17 September 2014

ANDA BELUM SAMPAI SERU ATAU ANDA TAK MAMPU?

Diambil dari http://talbiah.blogspot.com/search?updated-min=2013-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2014-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=11
(Semoga tuan punya blog mendapat haji yang mabrur...amin)

Kepada Bakal Tetamu Allah
Assalamualaikum...

Gambar kenangan saya @ 1432H
Seronok sangat mendengar perkhabaran bahawa `mereka yang saya kenali' mendapat jemputan menjadi tetamu Allah. Serta-merta, kenangan terindah yang saya lalui bersama suami pada tahun 1432H/2011 berpusing ligat dalam kepala. Tahniah! Tahniah! Tahniah! Tidak dinafikan, itulah kenangan yang paling manis dalam hidup saya, yang mungkin tak dapat dinikmati oleh orang lain. 

Kenapa mungkin tak dapat dinikmati oleh orang lain? Mereka yang berduit, sihat tubuh badan, menteri, orang atas/bawah/kecil/besar/tua/muda atau sesiapa sahaja... tak semestinya berpeluang menunaikan haji tanpa jemputan dariNya. Ada kes, dah sampai Jeddah (ke Madinah? tak ingat..) pun tak dapat melaksanakan ibadat haji kerana terlepas waktu wukuf (diceritakan oleh ustaz kelas haji saya) dan ada pula yang jatuh sakit tak sedarkan diri. Allahuakhbar... Wukuf... kemuncak ibadah haji. Jika terlepas waktu wukuf, maka tak `haji' lah kita. Bila dapat surat tawaran dari TH, tidak bermakna kita dapat melaksanakan ibadat haji pada tahun itu.

Dah daftar haji? 

Kalau sudah... alhamdulillah. Kalau belum, daftar sekarang! Walaupun hati belum terbuka untuk ke sana, daftar aje. Tak rugi apapun. At least mesti ada RM1,300.00 dalam akaun (kalau tak silap) . Itu duit simpanan kita jugak.... tak lari mana. Dividen pun tinggi, siap tolak zakat lagi. Kami daftarkan anak2 kami pada awal tahun 2012 (tak lama lepas balik) dan giliran mereka adalah pada tahun 2047... Hmm, kalau daftar sekarang... entah bila pula. Yang penting, daftar dulu. Senang aje, tak perlu pergi pejabat TH... daftar secara online.


Tak sampai seru? 

Ye ke? Dari sekolah rendah lagi ustaz/ustazah dah ajar pasal Rukun Islam... or even dari kecik2 lagi kita dah tengok saudara-mara kita bersiap sedia untuk menunaikan Rukun ke 5 ni... maknanya dah tahu... Dah sampai dah seru tu.... 

Ketika Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk menyeru manusia kepadaNya (menziarahi Kaabah), Nabi Ibrahim berkata.. "Ya Allah, bagaimana suaraku dapat sampai kepada pendengaran semua manusia?" Allah menegaskan, "Tugasmu hanyalah menyeru sahaja, tetapi Akulah yang menyampaikannya kepada manusia". 

Allahurabbi... sesungguhnya ianya adalah benar... lihatlah dengan mata hati... sehingga kini, masih berpusu-pusu manusia menunaikan haji dan umrah... Seru itu wujud dari zaman Nabi Ibrahim lagi... Allah... Allah.. Tidak ada sebab untuk kita menyatakan `belum sampai seru'!


Tak mampu?

Ye ke? Kita mampu beli rumah, kereta, gadjet mahal2, makan di restoran mahal, holiday sana sini... tapi tak mampu nak kumpul duit untuk laksanakan haji. Mungkin ada yang berkata... `tu semua beli secara ansuran.. or beli guna kad kredit'. Ok...kalu begitu, simpanlah secara ansuran.. Tolak gaji tiap2 bulan masuk dalam akaun TH. Tak kisahlah RM50 sebulan ke.... Nanti, lagi 30 tahun, duit tersebut dah lebih dari cukup. Kalau dapat bonus, gandakan lagi. Gaji pun dah naik. Yang kerja gomen pun dah dua kali naik gaji tahun ni.  Yang penting, daftar dulu. Bila dah daftar dan timbul keinginan nak pergi segera, cubalah usaha untuk pergi melalui pakej swasta... Jika ada rezeki, dapat pergi awal dari tahun giliran yang ditetapkan oleh TH.


Muda lagi?

Hehe... baguslah. Masih kuat dan bertenaga, insyaaAllah. Ibadah haji bukannya dilaksanakan melalui `mulut' tapi ia menggunakan tenaga... ia adalah `pekerjaan'... Ia tak memerlukan kita menghafal ayat/doa tertentu , tak pandai baca Quran pun, boleh buat... tetapi ia memerlukan energy... Berwukuf, mabit di Mina dan Muzdalifah, melontar jamrah, tawaf, saie.... semuanya perlukan tenaga. Of course, jika kurang bertenaga tetapi berduit, kita boleh upah orang untuk lontar jamrah, berkerusi roda untuk tawaf dan saie... but still, masa wukuf dan mabit kita perlu bertahan dengan persekitaran di sana. Saya pernah melihat sendiri, seorang tua merangkak untuk memanjat tangga menuju ke tandas semasa berada di Mina... bayangkanlah jika kita berada dalam keadaan uzurnya. 

Tangga yang dimaksudkan
Selain tenaga, ilmu berkaitan haji perlu ada... belajar dan faham betul2 berkenaan rukun dan wajib haji, pantang larang dalam ihram dsb... Kalau kita tengok senarai pantang larang dalam ihram tu, macam simple je.... tapi, bila berada dalam ihram... pelbagai perasaan was-was akan mengganggu... Jika dah belajar, dah faham... insyaaAllah... semuanya akan berjalan lancar.

Kesihatan tak mengizinkan?

Mungkin ia sementara... Allah jua yang berkuasa untuk menyembuhkan. InsyaaAllah... Allah tahu usaha yang telah dilakukan... Allah tahu isi hatimu wahai sahabat... Jika disebabkan faktor umur, setahu saya, TH akan memberikan keutamaan kepada warga tua yang belum pernah mengerjakan haji. Seeloknya, ada pengiring dari kalangan sanak-saudara yang sejantina agar nanti tidak menyusahkan orang lain.





Persediaan?

Dah dapat surat tawaran daripada TH? Syukur, alhamdulillah... Pintu pertama telah terbuka luas.... Rasa dah ternampak-nampak Kaabah dah. Saya dulu, terima surat tawaran setelah membuat rayuan 4-5 tahun. Tu sebab saya SANGAT-SANGAT-SANGAT TERSENTUH setiap kali dengar/baca/lihat anything related to Hajj.... bisa membuat mata bergenang. Haji itu satu jihad/pengorbanan. Bakal2 haji perlu bersiap-sedia dari segi rohani, jasmani, ilmu, masa, duit dan penyesuaian diri semasa di sana nanti. (Haji Itu Jihad)

Jemaah yang mengikuti penerbangan awal akan ke Madinah terlebih dahulu. Masih banyak ruang kosong di Masjid Nabawi. Akan menikmati kedamaian dan ketenangan bumi Madinah visually (dalam hati - bergantunglah kepada individu itu sendiri). Jemaah asing tak ramai lagi. Raudhah juga tidak terlalu sesak. Tapi, jemaah ini akan bersegera meninggalkan Mina dan membuat Nafar Awal (biasanya KT1 - KT5... lebih kurang).  Bertawaf dalam keadaan kepadatan jemaah yang tinggi, di waktu kemuncak. Dannn... yang paling merisaukan bagi jemaah wanita... adalah sekiranya masih dalam keadaan uzur syarie tapi belum dapat melaksanakan tawaf sedangkan penerbangan balik sangat hampir. Sememangnya jemaah boleh memohon kepada TH untuk menangguhkan perjalanan balik tetapi ia akan melibatkan banyak rantaian perkara yang perlu diambil kira.

Masjid Nabawi yang mendamaikan...
Bagi yang mengikuti penerbangan akhir, mereka akan ke Mekah dahulu dan kebiasaannya akan melaksanakan Haji Ifrad.... bermakna akan lebih lama berada dalam ihram. Jemaah juga akan selesa di Madinah kerana tidak lagi bersesak2.

Allah... banyak pula yang nak saya sampaikan. Kenangan semasa mengerjakan haji dulu, masih segar dalam ingatan. Sejujurnya, ibadah haji dapat mendidik jiwa dalam mensyukuri nikmat Allah, berusaha mendekatkan diri denganNya dan mengaitkan seluruh yang terjadi dengan kebesaranNya. Secara tak langsung,  jika dilihat dengan mata hati, ia banyak mengajar saya ilmu kehidupan yang tak dapat diperolehi di mana-mana universiti sekalipun. Kadang2, saya dapat melihat sesuatu dari perpektif berbeza...

Syukur alhamdulillah... saya berpeluang untuk melawati beberapa buah tempat. Tetapi jika ditanya, mahukah saya melawat tempat itu lagi? Jawapan saya... kalau boleh, biarlah saya kumpul duit untuk melawat tempat yang lain pula. Berlainan dengan yang satu ini.... saya sentiasa ingin mengulanginya... saya sentiasa merinduinya... Malahan saya juga bercita-cita untuk disemadikan di sini...

Sesungguhnya, saya bukanlah golongan bijak pandai agama... Saya orang biasa yang telah direzekikan Allah untuk melaksanakan ibadah haji pada usia 37 tahun. Saya berharap agar lebih ramai yang berkemampuan untuk menunaikan haji di usia muda. Bertindak segera sebelum terlambat... Semoga sahabat2 yang saya kasihi dapat mengecapi kenikmatan ibadah haji, selagi hayat masih ada..