Tetamu 2 Tanah Haram

Perasaan rindu ini hasil dari doa Nabi Ibrahim a.s. ketika meninggalkan Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. atas perintah Allah,
"Wahai Tuhanku, aku tinggalkan zuriatku di lembah yang gersang di sisi rumahMu (Baitikal Haram) untuk didirikan solat di atasnya. Oleh itu Ya Allah, jadikanlah hati manusia rindu kepadanya, moga-moga mereka selalu kembali kepadanya (Mekah)." ......Dan itulah aku yang Menggamit Rindu Haramain....

TV AL HIJRAH - LABBAIKALLAH 17 SEPTEMBER 2015 / 3 ZULHIJJAH 1436 HIJRAH https://www.youtube.com/watch?v=w7GjzeKhECs


Tuesday, 28 October 2014


Diantara ramai-ramai peminta sekedah yang sempat saya jumpa sepanjang berada di bumi Haramain ialah yang kudung tangannya. Saya ada cerita tentangnya. Kali pertama saya melihat anak perempuan kecil ini, perasaan simpati menyelinap dalam dada. Pantas saya memasukkan Saudi riyal ke dalam uncang yang diletakkan dilehernya.

Sambil menyebut "sadakah ya haj", "sadakah ya haj" anak ini menangis tersesak-esak. Air mata berlinang dikelopak matanya. Satu yang tidak kita perasan, system mereka yang meminta sedekah ini ialah, mereka tidak duduk dekat-dekat. Mereka duduk dalam kumpulan tetapi jauh sedikit dari satu dengan yang lain.

Satu hari, saya berjalan pulang dari Masjidil Haram. Peminta sedekah cilik ini sudah ada dijalanan. Tiba-tiba saya melihat seorang Jemaah haji berbangsa Turki agaknya, lalu disebelah anak kecil ini. Saya ingatkan beliau hendak bersedekah. Namun sebaliknya berlaku. Jemaah tersebut dengan pantas memegang tangan anak kecil yang kudung itu.

Dengan pantas pula tiba-tiba anak kecil itu berlari dengan kedua-dua tangannya yang tidak lagi kudung........

Tektik anak kecil ini rupanya bukan sahaja ada di Mekah. Ketika saya di Madinah, di luar pintu masuk Mesjid Nabawi berhampiran tugu jam, saya melihat sendiri modus oprandi yang sama.

Terdetik di hati saya untuk melakukan perbuatan yang sama dengan apa yang dilakukan oleh Jemaah Turki tersebut ketika di Mekah.

Maka saya pun menghampiri kanak-kanak peminta sedekah itu. Pantas saya memegang tangan beliau. Beliau menjerit dan dengan pantas berlari menyelinap di celah-celah orang ramai waktu itu.

Menyedari bahawa kanak-kanak tersebut mungkin salah seorang dari anggota sindiket, saya cepat-cepat menyelinap pula ke belakang hotel berhampiran.....

 

No comments:

Post a Comment