MAKLUMAT YANG TERSEMBUNYI
رب يسر ولاتعسر رب أتمم بالخير
“Ya Allah mudahkan urusanku, sempurnakan kerjaku dengan baik”
Doa Rasulullah sebelum berangkat;
“Ya Allah, aku mengerjakan haji yang tidak ada riya’ dan menunjuk-nunjuk”
MEKAH
· Nabi masuk ikut pintu Bab Syaibah
· Masuk ikut Bab Salam – Bab Syaibah (pintu dalam pintu)
· Dari pintu Bab Syaibah akan terus ke Hajar Aswad
· Bab Syaibah - Kampung nabi – rumah baginda dengan Siti Khadijah
· Beli sejadah di Mekah – bimbang solat kat luar mesjid atas jalanraya - panas
NABI BERCUKUR
· Sebelah kanan dahulu oleh Ma’mar
· Nabi tanya Ma’mar “apakah perasaan kamu, pisau ditangan kamu dan kepala aku dalam tangan kamu”
· Jawab Ma’mar; “Aku gembira kerana dapat sentuh kepala Rasulullah”
· Lalu rambut nabi yang sebelah kanan itu diberikan kepada kepada semua jemaah
· Ma’mar mencukur rambut nabi sebelah kiri, lalu nabi memanggil Abu Talhah dan mengarahkan rambut sebelah kiri itu diberikan kepada keluarga Abu Talhah.
· Nabi berdoa 3 X untuk orang yang bercukur tetapi 1 X untuk orang yang bergunting;
· “Ya Allah berilah rahmat kepada orang yang bercukur” yang ke 4 baru utk org yg bergunting.
WUKUF
· Bawa beg ‘haver sack’ (tak ada? Pinjam anak punya!)
· Kemungkinan berjalan ‘adalah besar’
· Kalau bawa beg roda – bimbang roda tercabut
· Nak bawa beg roda boleh tapi kongsi satu beg besar
· Waktu afdal wukuf terlalu singkat -9 Zulhijjah pukul 1pm hingga 5.30pm
· Jadi gunakan waktu afdal untuk berdoa sebanyak-banyaknya
· Sediakan doa dari sekarang (Jangan lupa doakan aku sekali!!)
· Sediakan botol kosong besar 2 liter – untuk diisi air ketika di Arafah, Muzdalifah dan Mina.
· Tujuannya adalah menjimatkan masa beratur utk berwuduk
· Kada’ hajat hendaklah dibuat 1 atau ½ jam sebelum masuk waktu
MELONTAR
· Batu dibasuh untuk elak najis kambing atau unta – jangan hina jemaah yang basuh batu.
· Doa hanya dibaca selepas melontar ‘Wula’ dan ‘Wusto’ sahaja ‘Aqabah’ tak sunnah.
· Selepas ‘Aqabah’ pusing ke kanan untuk balik ke khemah Malaysia (Biasanya ! seperti tahun-tahun lepas)
· Kalau terus akan ke Mekah
· ‘Aqabah’ terletak di sempadan Mina. Jangan keluar pergi beli-belah. Takut terkeluar dari sempadan untuk Mabit dan melontar.
· Tengok anak batu – jangan baling pandang tempat lain / berborak
· Batu mesti masuk dlm kawah. Bukan baling dinding jamrah
CADANGAN 3 X KHATAM AL-QURAN
1. MEKAH – Sementara menunggu Wukuf
2. Waktu haji – Wukuf, Muzdalifah, Mina, Tawaf dan Saie
3. MADINAH
TAWAF
· Mengkirikan Kabah
· Jangan berubah niat
· Yakin 7 kali pusing :-
1. Fatihah
2. Al-Kafirun
3. An-Nasr – ‘Iza ja’
4. Al-Lahab
5. Al-Ilkhlas
6. Al-Falaq
7. An-Nas
· Jangan pegang kain Ka’bah, sentuh Hjr Ismail, Syazarwan ketika dalam Ihram (ada minyak wangi)
· Solat sunat tawaf – belakang Makam Ibrahim, Hjr Ismail, Multazam – mana-mana dlm mesjid
· Minum air zam-zam dan berdoa menghadap ka’bah