Tetamu 2 Tanah Haram

Perasaan rindu ini hasil dari doa Nabi Ibrahim a.s. ketika meninggalkan Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. atas perintah Allah,
"Wahai Tuhanku, aku tinggalkan zuriatku di lembah yang gersang di sisi rumahMu (Baitikal Haram) untuk didirikan solat di atasnya. Oleh itu Ya Allah, jadikanlah hati manusia rindu kepadanya, moga-moga mereka selalu kembali kepadanya (Mekah)." ......Dan itulah aku yang Menggamit Rindu Haramain....

TV AL HIJRAH - LABBAIKALLAH 17 SEPTEMBER 2015 / 3 ZULHIJJAH 1436 HIJRAH https://www.youtube.com/watch?v=w7GjzeKhECs


Wednesday 29 June 2011

Sebelum Solat Jumaat di Masjidil Haram

Terasakan rindu bila setiap Jumaat di Masjidil Haram.
Kami terpaksa keluar dari hotel sekitar pukul 9 pagi.
Berjalan kaki dari hotel yang kira-kira 750m
Alhamdulillah sepanjang kami di Mekah
solat Jumaat belum pernah lagi di luar mesjid
Namun kerana itu kami keluar awal
Jika terlewat maka bukan sahaja pahala Jumaat kurang
malah terpaksa pula solat diluar mesjid yang pahalanya
tidak sama dengan solat di dalam mesjid
Itu belum lagi berhimpit-himpit dengan jemaah wanita...
yang menurut hukumnya setahu saya haram
apabila perempuan memenuhi mesjid ketika solat Jumaat
sedang jemaah lelaki tiada saf untuk solat.
Tetapi Alhamdulillah, pihak Tabung Haji telah mengingatkan
semua Hajjah supaya tidak ke mesjid ketika solat Jumaat
maka kuranglah nampak jemaah haji perempuan Malaysia
walaupun ada yang degil....
Wallah hu 'alam...

Tuesday 28 June 2011

ILHAM LADUNI


Betapa di sisiku dulu kami bertiga  sering bersenda


Kemudian tinggallah kami berdua mengisi ruang masa
santai dan ceria


Nordin Mohamed Salleh
11 November 2008


Mohamed Salleh bin Hashim
12 Jun 2010



Di sisi pusara ku ????
Tarikh : ?? / ?? / 2012
2014
2016
2018
2020
20??

Berikan ku Ya Allah Ilham Laduni
agar dapat ku telusuri
RedhaMu....





Sunday 26 June 2011

Ilmu Agama Akan Beransur-ansur Hilang


Daripada Abdullah bin Amir bin 'Ash r.a. berkata :
Aku mendengar Rasulullah bersabda, "Bahawasanya Allah S.W.T. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah S.W.T. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama', orang ramai akan memilih orang-orang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan.
Mereka akan sesat dan menyesatkan orang lain."
Hadis Riwayat Muslim

"Ya Allah,
Bukakanlah kepada kami
kebijaksanaan orang-orang yang mengetahui
dengan hikmah dariMu
sebarkanlah ke atas kami rahmatMu
dan
ingatkanlah kami apa yang kami lupa,
Wahai Yang Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang."
Amin
Ya Rabbal 'Alamin."

Sunday 19 June 2011

Iman walaupun seberat zarah....tetap ada nilainya di sisi Allah S.W.T


Dari Abu Said Al-Khudri, ia berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda;
"Tidaklah perbantahan salah seorang daripada kalian tentang kebenaran yang menjadi haknya
di dunia ini, lebih keras perbantahannya daripada kaum Mukminin kepada Tuhan mereka,
tentang saudara-saudara mereka yang dimasukkan ke dalam neraka.
Mereka mengatakan;
Wahai Tuhan kami, saudara-saudara kami dahulu solat bersama kami,
puasa bersama kami,
dan mengerjakan haji bersama kami.
Tetapi Engkau telah memasukkan mereka ke dalam neraka.
Firman Allah S.W.T. Pergilah dan keluarkanlah sesiapa yang kalian kenal daripada mereka.
Kemudian mereka mendatangi saudaranya dan mengenali wajah-wajah mereka.
Diantara mereka, ada yang telah terbakar hingga separuh kedua-dua betisnya
dan ada pula yang terbakar hingga kedua-dua lututnya.
Mereka pun mengeluarkannya lalu berkata;
Wahai Tuhan kami, kami telah mengeluarkan siapa yang Engkau perintahkan kepada kami.
Allah berfirman;
Keluarkan sesiapa yang di dalam hatinya terdapat iman walaupun seberat satu dinar,
kemudian Allah berfirman lagi;
Siapa yang dalam hatinya terdapat iman seberat setengah dinar.
hingga firmanNya;
siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah (beriman)"

(Hadis riwayat An-Nasa'i dan Ibn Majah)

Wednesday 8 June 2011


Masuk terowong terus, sebelum masuk terowong King Abdul Aziz pusing kanan masuk ke terowong kecil sedikit.

BALIK KE HOTEL DARI MASJIDIL HARAM


Keluar dari pintu King Abdul Aziz, melalui dataran Ka'bah, bersebelahan tembok istana. Di sebelah kiri Perpustakaan (Rumah Kelahiran Nabi). Melalui stesen bas, kemudian ke terowong...


Berbondong-bondong Menuju Arafah

Dalam Khemah di Arafah

Mua'sim Tunnel / Terowong Mua'sim

Santai dalam Khemah di Mina

Suasana di Mina

Selipar

Indahnya Masjidin Nabawi

Pintu Ka'bah


Anda boleh menyentuh pintu Ka'bah ini seberapa lama yang anda mahu.....
Tidak perlu berasak-asak dan memanjat !!!

Makkah Museum

Dalam Khemah di Mina

Payung Transformer di Masjidin Nabawi

Hotel Elaf El-Sud


Hotel Elaf El-Sud ini terletak bersebelahan dengan terowong King Abdul Aziz. Laluan terowong ini akan terus ke Arafah.


Di Masjidin Nabawi

Hujan Rahmat di Mina

Khemah di Mina perlu diganti

Syahdu Malam Raya di Mina

Makkah Before 100 Years

Di Taman Raudhah

HANYA HUJJAJ SAHAJA YANG TAHU


Catatan : deanna a

Hanya org yang mengalami sahaja yang tahu. mungkin akan ada yang kata kita over, excited, menunjuk2, tapi itulah hakikat perasaan yang kita akan alami di sana. Keseronokan di sana tidak sama dengan keseronokan berziarah ke tempat lain. Keseronokan di sana amat berbeza. Ketenangan itulah yang kita dapat di sana. Kalau ikut tak nak dah balik malaysia. Bukan tak sayang malaysia tapi perasaan cintakan tanah suci mengatasi cinta kepada malaysia. Mana2 yang ingin tahu perasaan itu, berziarahlah ke sana. Namun, hayatilah dulu semua rukun dan wajib ibadah haji dan umrah sebelum pergi. Ia amat berguna untuk melakukan semua ibadah tersebut supaya kita tidak hanya sekadar melakukan tanpa memahami apa pun. Di sana saya akui, kalau nak dunia kena berilmu, nak akhirat kena berilmu, nak dua2 juga mesti berilmu. Keadaan di sana sukar untuk kita duga, ada yang berpelajaran tinggi tapi takut nak keluar jalan sebab asyik sesat sedangkan panduan arah ada ditunjukkan. Ada yang cukup alim dan tinggi ilmu agama boleh jadi tidak siuman bila di tanah suci. ada org yang dianggap bodoh menjadi cukup disanjung di sana.

Kalau nak kira keadaan kota mekah tu, apalah yang ada, keadaannya agak kotor, berdebu, barang pun agak mahal walaupun tidak berkualiti, hotel yang kurang menyenangkan, tempatnya sesak dan makanannya kurang menyelerakan tapi mengapa hati rasa seronok dan rasa sayang nak tinggalkan dua tanah suci tersebut. Hanya Allah yang tahu. Kita tak boleh bandingkan tanah haram dengan tanah halal. Ianya amat jauh berbeza. Macam langit dgn bumi.

Kalau nak kira keadaan masa kat arafah, muzhalifah dan mina. kalau kat malaysia pasti kita dan merungut mcm2. 1st day saya kat arafah saya dapat nasi mentah. Sebab merasakan itulah rezeki saya hari tu, saya makan jugak, Alhamdulillah, saya tak sakit perut. Cuma muzhalifah saya agak cerewet sebab asyik merungut pasal bau hancing. Saya lari kat mana2 pun bau hancing tu ada, kawan saya suruh beristifar, alhamdulillah, tetiba jer bau tu hilang. Bukankah itu satu pengalaman yang cukup berharga dan tidak mungkin terjadi di tanah halal.

Sebelum kat sana, saya dah niat tak nak shopping, bila sampai di madinah dan makkah, apa jer saya beli untuk di bawa balik malaysia koyak. Sedangkan dah periksa semua stiap penjuru pakaian tu. Malah setiap kali ingin nak membeli, duit asyik tak jumpa, terpaksa pegi tabung haji keluarkan duit. tapi bila saya berniat nak beli alquran wat wakaf dan beli makanan untuk makan bersama di hotel, ada pulak duit muncul.

Saya masih ingat, selepas selesai mengerjakan tahallul thani, saya berniat nak putihkan kulit muka sebab kena sunburn masa mengerjakan haji, kononnya nak cantiklah sikit, lepas jer pakai fair & lovely, muka saya jadi merah dan terkopek sana sini mcm terbakar. Mungkin saya niat nak cantik, tu yang jadi mcm tu. Sehari selepas sampai kat malaysia elok pulak kulit muka saya. Nak kata salah pakai saya bukan tak biasa pakai fair & lovely.

Sebenarnya byk lagi pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan buat selama-lamanya dan saya amat bersyukur kerana mengalami semua itu. Ianya menjadikan saya semakin ingin mengenali keistimewaan yang ada di tanah haram. Mengapa ianya terlalu berbeza daripada tanah halal. Kepelikan nya itulah yang membuat kan tanah haram itu cukup istimewa.

Tuesday 7 June 2011

Selamat Tinggal ....



(23) Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). At-Tawba

MAKLUMAT HAJI


MAKLUMAT YANG TERSEMBUNYI

رب يسر ولاتعسر رب أتمم بالخير
“Ya Allah mudahkan urusanku, sempurnakan kerjaku dengan baik

Doa Rasulullah sebelum berangkat;

“Ya Allah, aku mengerjakan haji yang tidak ada riya’ dan menunjuk-nunjuk”

MEKAH
·         Nabi masuk ikut pintu Bab Syaibah
·         Masuk ikut Bab Salam – Bab Syaibah (pintu dalam pintu)
·         Dari pintu Bab Syaibah akan terus ke Hajar Aswad
·         Bab Syaibah - Kampung nabi – rumah baginda dengan Siti Khadijah
·         Beli sejadah di Mekah – bimbang solat kat luar mesjid atas jalanraya - panas


NABI BERCUKUR
·         Sebelah kanan dahulu oleh Ma’mar
·         Nabi tanya Ma’mar “apakah perasaan kamu, pisau ditangan kamu dan kepala aku dalam tangan kamu”
·         Jawab Ma’mar; “Aku gembira kerana dapat sentuh kepala Rasulullah”
·         Lalu rambut nabi yang sebelah kanan itu diberikan kepada kepada semua jemaah
·         Ma’mar mencukur rambut nabi sebelah kiri, lalu nabi memanggil Abu Talhah dan mengarahkan rambut sebelah kiri itu diberikan kepada keluarga Abu Talhah.
·         Nabi berdoa 3 X untuk orang yang bercukur tetapi 1 X untuk orang yang bergunting;
·         “Ya Allah berilah rahmat kepada orang yang bercukur” yang ke 4 baru utk org yg bergunting.

WUKUF
·         Bawa beg ‘haver sack’ (tak ada? Pinjam anak punya!)
·         Kemungkinan berjalan ‘adalah besar’
·         Kalau bawa beg roda – bimbang roda tercabut
·         Nak bawa beg roda boleh tapi kongsi satu beg besar
·         Waktu afdal wukuf terlalu singkat -9 Zulhijjah pukul 1pm hingga 5.30pm
·         Jadi gunakan waktu afdal untuk berdoa sebanyak-banyaknya
·         Sediakan doa dari sekarang (Jangan lupa doakan aku sekali!!)
·         Sediakan botol kosong besar 2 liter – untuk diisi air ketika di Arafah, Muzdalifah dan Mina.
·         Tujuannya adalah menjimatkan masa beratur utk berwuduk
·         Kada’ hajat hendaklah dibuat 1 atau ½ jam sebelum masuk waktu


MELONTAR
·         Batu dibasuh untuk elak najis kambing atau unta – jangan hina jemaah yang basuh batu.
·         Doa hanya dibaca selepas melontar ‘Wula’ dan ‘Wusto’ sahaja ‘Aqabah’ tak sunnah.
·         Selepas ‘Aqabah’ pusing ke kanan untuk balik ke khemah Malaysia (Biasanya ! seperti tahun-tahun lepas)
·         Kalau terus akan ke Mekah
·         ‘Aqabah’ terletak di sempadan Mina. Jangan keluar pergi beli-belah. Takut terkeluar dari sempadan untuk Mabit dan melontar.
·         Tengok anak batu – jangan baling pandang tempat lain / berborak
·         Batu mesti masuk dlm kawah. Bukan baling dinding jamrah

CADANGAN  3 X KHATAM AL-QURAN
1.       MEKAH – Sementara menunggu Wukuf
2.       Waktu haji – Wukuf, Muzdalifah, Mina, Tawaf dan Saie
3.       MADINAH

TAWAF
·         Mengkirikan Kabah
·         Jangan berubah niat
·         Yakin 7 kali pusing :-
1.       Fatihah
2.       Al-Kafirun
3.       An-Nasr – ‘Iza ja’
4.       Al-Lahab
5.       Al-Ilkhlas
6.       Al-Falaq
7.       An-Nas
·         Jangan pegang kain Ka’bah, sentuh Hjr Ismail, Syazarwan ketika dalam Ihram (ada minyak wangi)
·         Solat sunat tawaf – belakang Makam Ibrahim, Hjr Ismail, Multazam – mana-mana dlm mesjid
·         Minum air zam-zam dan berdoa menghadap ka’bah

Mengimbau Siti Hajar antara Sofa dan Marwah


Sofa dan Marwah
peristiwa sejarah
di persada gersangnya tanah
Siti Hajar yang pasrah
dan Ismail yang masih merah


Perbukitan Sofa dan Marwah kami telusuri
tujuh pusingan kami gagahi
biar kematu jemari kaki
demi Siti Hajar dan Ismail
kami imbau lelahmu
bersama zam-zam kami basahi
keringat di bumi suci ini


Dan akhirnya kami lelah sendiri ....
Alhamdulillah tertunailah manasik Umrah wajib kami..




Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com/

Assalamualaikum...secebis kisah sebagai tazkirah ...semoga mampu menjadikannya bukan sekadar satu bacaan...tetapi satu motivasi untuk sama-sama kita hayati dan diamalkan..Insya Allah...

NABI Ibrahim dan Siti Sarah sudah lama berumah tangga, namun tidak dikurniakan zuriat. Siti Sarah mencadangkan supaya Nabi Ibrahim berkahwin seorang lagi dan merestui Siti Hajar menjadi madunya.

Pada mulanya, Nabi Ibrahim keberatan kerana cintanya terhadap Siti Sarah tidak luntur. Namun, Siti Sarah berkeras dan akhirnya, Nabi Ibrahim bersetuju memperisterikan Siti Hajar.

Apabila Siti Hajar hamil, Nabi Ibrahim amat gembira dan mengharapkan Siti Sarah turut berasa gembira. Namun, berita kehamilan Siti Hajar itu membuatkan madunya cemburu.

Kian hari, rasa cemburunya kian menebal, terutama selepas kelahiran Ismail hingga Siti Sarah mendesak suaminya membawa Siti Hajar dan anaknya jauh dari tempat itu.

Nabi Ibrahim dan Siti Hajar serta anak mereka lantas menuju ke Baitul Haram.

Siti Hajar adalah lambang wanita sejati yang taat kepada suami dan perintah Allah. Segala kesukaran, kepahitan, keresahan yang ditempuh Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya.

Inilah iktibar kisah daripada al-Quran yang menggambarkan seorang isteri contoh yang menjadi lambang kewanitaan sejati. Kalau wanita Islam hari ini bersemangat kental seperti Siti Hajar, tentulah mereka akan sentiasa bahagia dan tidak akan mengenakan sekatan tertentu terhadap suami.

Contoh yang ditunjukkan oleh Siti Hajar, yang sanggup menempuh pelbagai kesusahan hidup semata-mata kerana taatkan perintah Allah dan suaminya, tidak syak lagi suatu contoh cukup baik untuk diteladani.

Kisah ketabahan Siti Hajar, turut mempunyai kaitan dan falsafah penting ketika umat Islam menunaikan ibadat haji sekarang. Sebab itulah bagi jemaah yang berada di tanah suci, sama ada ketika mengerjakan umrah atau haji, mereka difardu atau dirukunkan selepas tawaf di Batitullah al-Haram, menunaikan sai iaitu berulang alik dari Safar ke Marwah sebanyak tujuh kali. Ia bertujuan mengingati kembali falsafah penderitaan yang ditanggung Siti Hajar itu.

Berikut adalah sebahagian kisah pengorbanan Siti Hajar.

Dalam bahang terik mata hari di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim, menunggang unta bersama Siti Hajar. Perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu.

Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu. Selepas kira-kira enam bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah.

Nabi Ibrahim memilih sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar.

Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikit pun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya mengenai perintah Allah itu. Sepanjang perjalanan lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.

Selepas Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu:

"Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?"

Tanpa memandang wajah isterinya, Nabi Ibrahim hanya mampu menganggukkan kepala. "Oh... kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tidak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ini."

Nabi Ibrahim menjawab: "Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu..."

Siti Hajar bertanya lagi: "Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini... Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?"

Kepiluan dan kesedihan Nabi Ibrahim, hanya Allah yang tahu. Katanya: "Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku... ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah."

Apabila disebut perintah Allah, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ.

Siti Hajar sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah itu? Ketika gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelosok dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah.

Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan Allah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan. Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya: "Jika benar ia adalah perintah Allah, tinggalkanlah kami di sini. Aku reda ditinggalkan." Suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya.

Ditabahkan hatinya dengan berkata: "Mengenai keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini."

Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya, minta reda di atas segala perbuatannya selama mereka bersama. "Doakanlah agar datang pembelaan Allah kepada kami," kata Siti Hajar.

Nabi Ibrahim terharu dan bersyukur. Isterinya, Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa: "Ya Tuhan kami. Aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka daripada buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."

Menitis air matanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya. Namun atas keyakinan padu pada janji Allah, ditunaikan juga perintah Allah walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar.

Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah. Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan yang berlaku.

Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim, bekalan makanan dan minuman pun habis. Air susunya juga kering sama sekali.

Anaknya Ismail menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Di mana hendak diusahakannya air di tengah padang pasir yang kering kontang itu?

Sedang dia mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah fatamorgana.

Namun Siti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat lain, dia ternampak seolah-olah di tempat di mana anaknya diletakkan memancar sumber mata air.

Dia pun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang dilihatnya adalah fatamorgana. Tanpa disedari dia berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safa dan Marwa untuk mencari sumber air.

Tubuhnya keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air. Sedangkan anak yang kehausan itu terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi. Tiba-tiba dengan rahmat Allah, sedang Siti Hajar mencari-cari air, terpancutlah air dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail.

Pada waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, "Zami, zami, zami.." yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata kepada air itu, "Berkumpullah untuk anakku."

Selepas peristiwa itu, kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Makkah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah kehendak Allah. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Makkah menjadi tumpuan manusia.

 


 



Monday 6 June 2011

Akulah itu tetamuMu


Terasakan igauan seumur hidup
menjadi tetamu di RumahMu
derap kaki tanpa sepatu
salam takzim mohon restu


Terimakasih
menjemputku hambaMu yang penuh berdosa
dan
sehingga detikini
aku terlalu banyak menanggung dosa
bantulah aku
Ya Allah
untuk tidak berdosa lagi...
dan air mata ini malu-malu untuk menitis
apakah di sini masih ada sandiwara
lakunan purbawara
sombong dan angkuhku lebur akhirnya
sujud tafakur di sisi Ka'bah


Berikanlah sekelumit ruang aku di sisiMu
agar dapat kuhirup telaga RahmatMu
dengan dingin Al-LatiffMu
jua Al-GhaffurMu
Futtuhkanlah pintu hatiku
untuk kembali nanti
persis bayi
yang dilahirkan mati
Itulah aku...


Wahai Al-Hayy
hidupkan aku dalam RahimMu
dengan keperkasaan At-TawwabMu
terimalah taubatku
Wahai As-Sami'
dengarkanlah rintihanku ini
Di atas tulang-belulang yang kian rapuh ini
peliharakanlah imanku
agar matiku nanti
bisa mendapat penghormatan bumi....
Amin....